awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
Budaya tolak rasuah, salah guna kuasa jadi teras kepimpinan ATM - Agong
Kerajaan sedia beri ruang kebebasan media lebih terbuka - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis

Astro Awani
Astro Awani
04/02/2026
09:00 MYT
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berkenan mengetuai Konvoi Gemilang 60 Tahun MARA.
KUALA PERLIS: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menganjurkan Program Konvoi Gemilang 60 Tahun MARA dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya, bagi menyantuni golongan asnaf serta meraikan kejayaan usahawan MARA di seluruh negeri Perlis.
Konvoi tersebut diketuai Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dengan diiringi anakanda puteri kedua baginda berdua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Turut hadir, barisan pengurusan tertinggi MARA termasuk Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, Timbalan Ketua Pengarah MARA, Zahari Aziz, serta Pengarah MARA Negeri Perlis, Mohd Azam Jamaluddin.
Sempena program berkenaan, MARA turut menyalurkan pelbagai bentuk bantuan antaranya bantuan persekolahan kepada 30 pelajar asnaf, sumbangan tunai kepada pelajar asnaf yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, serta sumbangan tunai kepada lima anak angkat Rural Capital Berhad (RCB).
Selain itu, bantuan kewangan, kotak makanan dan bantuan pembaikan rumah turut disampaikan kepada keluarga asnaf terpilih, dengan jumlah keseluruhan sumbangan melebihi RM20,000.
Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan MAIPs berupa wang tunai berjumlah RM700, Kits MAIPs Peduli serta beras fidyah kepada tiga penerima asnaf terpilih iaitu Mohd Shahrizul Amri Ali, 30, dari Kampung Titi Serong; Hiezez Zakaria, 35, dari Kampung Padang Besar Selatan; dan Sahibollah Bahari, 43, dari Kampung Bahagia Seberang Tok Pi.
Program konvoi berkenaan turut singgah di dua hentian usahawan MARA yang mencatat pencapaian membanggakan hasil bimbingan berterusan MARA, iaitu inap desa The Mamawan Stay di Jalan Padang Besar, Kuala Perlis serta Pusat Servis dan Pembaikan Kenderaan Haquetta Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis.
Konvoi ini turut melibatkan penyertaan subsidiari MARA, iaitu Rural Capital Berhad dan Yayasan Pelajaran MARA, sekali gus mencerminkan sinergi kukuh pelbagai pihak dalam memperkasa agenda pembangunan keusahawanan serta memperkukuh kesejahteraan masyarakat di Perlis.
Topic Berkaitan
#MARA
#Konvoi Gemilang 60 Tahun MARA
#Raja Muda Perlis
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan