Rupa-rupanya lebih ramai orang di Kelantan dan Terengganu yang teruja dengan kedatangan Maria Ozawa ke Malaysia berbanding penguna internet di negeri lain.

Ia berdasarkan jumlah carian di Google sepanjang beberapa hari lalu.

Daripada semua bandar di Malaysia pula, Kota Bharu yang terkenal dengan jolokan bandar raya Islam itu mencatatkan jumlah carian kata kunci 'Maria Ozawa' tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.



Maria Ozawa, 31, merupakan bekas pelakon filem lucah dari Jepun yang bermula kariernya sejak 2005.

Beliau menjadi perbualan hangat di media sosial apabila Ozawa berkongsi gambarnya di ibu kota baru-baru ini.