KUALA KURAU: Bot Ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau berjaya menahan sebuah kapal yang disyaki melakukan operasi mengorek pasir di lokasi atau kawasan yang tidak dibenarkan, selain beroperasi di luar waktu yang dibenarkan, pada Rabu.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, kapal korek terbabit dikesan oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.
Menurutnya, ketika dikesan kira-kira jam 12.23 malam, kapal korek terbabit sedang melakukan operasi pengambilan pasir laut di luar waktu yang ditetapkan.
“Hasil pemeriksaan lanjut, master yang merupakan warganegara Indonesia telah gagal kemukakan dokumen kebenaran melakukan aktiviti terbabit serta tiada insurans kapal.
“Jika disabit kesalahan, kapal boleh dikenakan denda bermula RM100,000 hingga RM500,000,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Tambahnya, kapal korek pasir tersebut mempunyai 21 orang kru yang terdiri daripada 15 warga China, lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan.
Kes diserahkan kepada Pegawai Penyiasat di Zon Maritim Kuala Kurau kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance) MSO 1952.
Kapal berkenaan bersama muatan 1,500 tan metrik pasir telah ditahan bagi tujuan siasatan.
Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan undang-undang di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan kapal dan bot yang berada di perairan negara terjamin dan mematuhi undang-undang.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat dan aduan berkaitan jenayah dan kesalahan maritim, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 05- 7279919 atau MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Mar 07 2024
Ketika dikesan kira-kira jam 12.23 malam pada Rabu, kapal korek terbabit sedang melakukan operasi pengambilan pasir laut di luar waktu yang ditetapkan. - Maritim Malaysia Perak
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Maritim Malaysia tahan kapal korek 'curi' pasir di perairan Kerian
Bot terbabit dikesan oleh pasukan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan rutin di perairan Kerian dan Larut Matang.
APMM jumpa 100 butir peluru meriam aktif dalam kapal pengangkut dari China
APMM menemukan kira-kira 100 butir peluru meriam kapal perang dunia kedua dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China, yang ditahan pada Ahad lepas.
APMM Selangor tahan tiga kapal korek beroperasi tanpa kebenaran
APMM Selangor menahan tiga buah kapal korek selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran di kedudukan lebih kurang 5.6 batu nautika barat daya Pulau Carey.
Dua kapal berlanggar di Filipina, 1 maut, 3 hilang
Dua buah kapal asing berlanggar di Pulau Corregidor di Filipina, menyebabkan seorang anak kapal maut manakala tiga lagi hilang.
Kapal korek terbakar, 11 kru selamat
Kapal tersebut membawa 11 orang kru, empat daripadanya warga Indonesia, manakala tujuh lagi warga China, yang dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Jimmy Shanley imbau ayah lemas di lombong
Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Instagram miliknya, Jimmy berkata, ayahnya juga merupakan mangsa korban dalam sebuah tragedi 34 tahun lalu di sebuah lombong di Batu 13 Puchong.
Mayat seorang lagi kru kapal korek JBB Rong Chang ditemukan
Mayat itu dijumpai terperangkap di dalam bilik jentera utama selepas kerja-kerja bagi menimbulkan semula kapal itu berjaya dilaksanakan.
"Kami harap adik masih hidup" - Abang mangsa insiden kapal korek
Azral berharap adiknya Akasha ditemui selamat.
SAR kapal korek: Mangsa kedua dijumpai selamat
Seorang lagi krew kapal korek pasir yang terperangkap dibawah kapal yang dilaporkan terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, Rabu lalu, ditemui selamat.
SAR kapal korek: Mangsa pertama diselamatkan
Selepas 55 jam terperangkap di dalam kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa, Muar, seorang daripada 14 mangsa berjaya ditemui selamat.