awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia tahan PATI bekerja di sangkar ikan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/10/2022
03:27 MYT
Maritim Malaysia tahan PATI bekerja di sangkar ikan
Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan lanjut. - Foto ihsan Maritim Malaysia
KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar di sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, mereka ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Tanjung Piandang, kira-kira 12.30 tengah hari.
Menurutnya, kesemua mereka ditahan ketika rondaan rutin dan pemeriksaan di sebuah sangkar ikan oleh pasukan operasi Maritim Malaysia di lokasi berkenaan.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati, empat PATI warga Myanmar berumur antara 29 dan 44 tahun, berada di sangkar terbabit, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua PATI tersebut ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
“Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua pengusaha ikan dalam sangkar dan komuniti nelayan agar mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#pati
#pekerja asing di sangkar ikan
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan