awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Malaysia teroka teknologi AI, perkukuh kawalan perairan negara

Bernama
Bernama
21/05/2025
12:51 MYT
Maritim Malaysia teroka teknologi AI, perkukuh kawalan perairan negara
Pendekatan itu sebahagian daripada agenda reformasi operasi agensi dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan yang semakin mencabar. - Bernama
LANGKAWI: Sejajar dengan cabaran keselamatan maritim yang kian kompleks, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) komited untuk terus memperkukuh keselamatan perairan negara dengan meneroka penggunaan teknologi moden termasuk kecerdasan buatan (AI).
Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pendekatan itu sebahagian daripada agenda reformasi operasi agensi dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan yang semakin mencabar.
"Maritim Malaysia melihat keperluan untuk meneroka teknologi baharu seperti AI, analisis data masa nyata serta sistem pemantauan pintar, bagi mempertingkatkan kecekapan pemantauan dan respons terhadap insiden di laut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Dalam hal ini, katannya Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) dilihat menjadi medan penting untuk Maritim Malaysia mengenal pasti peluang kerjasama strategik serta teknologi yang bersesuaian dengan keperluan operasi agensi itu.
"Maritim Malaysia turut mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama baharu dengan rakan strategik, sama ada dari dalam mahupun di peringkat antarabangsa.
"Kita juga ingin memastikan aset, sistem dan keupayaan operasi kekal relevan dan efektif dalam mendepani cabaran semasa serta pada masa akan datang," katanya.
Mohd Rosli turut menegaskan, teknologi bukanlah pengganti kepada kecekapan manusia, namun ia perlu dilihat sebagai pelengkap dalam memperkasakan operasi Maritim Malaysia secara menyeluruh.
Beliau berkata AI boleh membantu dari segi membuat keputusan pantas, menjejak vesel nelayan asing (VNA) atau memberi amaran awal melalui pengesanan automatik dan ia akan membantu penguat kuasa Maritim Malaysia di lapangan untuk lebih proaktif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#teknologi
#kecerdasan buatan
#AI
#kawalan
#perairan negara
#Mohd Rosli Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan