DREBAR
Marquez dihadiahkan M4 Coupe


Ini kali kedua Marc mendapat habuan ini, selepas kejayaan sama tahun lepas. Untuk 2014, Marc Marquez mendapat kotak pertama selepas sesi kelayakan untuk 6 perlumbaan, sebelum memberi persembahan sama di 7 lagi litar.
BMW M4 Coupe ini dikuasakan dengan enjin M TwinPower yang menghasilkan 431hp dan 550Nm tork. Kotak transmisi adalah jenis klack berkembar, manakala cakera brek adalah menggunakan seramik karbon untuk prestasi terbaik.

Anugerah BMW M pertama kali diadakan pada tahun 2003; Valentino Rossi dan casey Stoner adalah pemegang rekod masing-masing dengan 3 kemenangan anugerah BMW M.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami