Malaysian Airline System Berhad (Pentadbir Dilantik) atau MAS berharap maklumat baharu akan muncul yang akhirnya membawa kepada penemuan pesawat MH370 itu.
Ia sebagai respons kepada kenyataan tiga pihak yang dikeluarkan hari ini oleh kerajaan Malaysia, Australia dan China untuk mengumumkan bahawa pencarian di dasar laut bagi pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu telah digantung.
"MAS tetap berharap bahawa dalam masa terdekat, maklumat baharu dan penting akan diperoleh dan pesawat itu akhirnya akan ditemukan," kata MAS menerusi satu kenyataan.
MAS berkata syarikat itu patuh kepada keputusan ketiga-tiga kerajaan untuk menggantung pencarian itu, yang digambarkannya sebagai satu usaha yang teliti dan menyeluruh, merangkumi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
"Kami berkongsi kesedihan bahawa pencarian itu tidak menghasilkan keputusan yang diharapkan semua," kata syarikat itu, berhubung tragedi 8 Mac 2014 yang berlaku ketika pesawat itu dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
MAS melahirkan penghargaan kepada kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pencarian itu, terutamanya Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, yang mengetuai misi itu selama hampir tiga tahun.
"Syarikat penerbangan itu menghargai usaha gigih dalam mencari MH370 oleh begitu banyak insan yang amat cekal dari seluruh dunia.
"Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terkesan oleh tragedi ini. Kita kehilangan sebahagian daripada keluarga kita dan mereka akan dikenang buat selama-lamanya," kata kenyataan itu. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 17 2017
Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. - Gambar fail
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
MAS berharap MH370 akhirnya dapat dikesan
MAS berharap maklumat baharu akan muncul yang akhirnya membawa kepada penemuan pesawat MH370 itu.
MH17: MAS, MAB diperintah failkan pernyataan pembelaan sebelum 27 Julai
Saman itu difailkan waris kepada enam anak kapal pesawat MH17 bagi menuntut ganti rugi berhubung kecuaian dan pelanggaran kontrak terhadap MAS dan MAB.
"Jika vape diharamkan, bagaimana pula dengan tembakau? - Dr Hilmi
Satu rang undang-undang baru mengenai pengawalan rokok elektronik, shisha dan tembakau kini berada di peringkat kajian.
MAB wajibkan penumpang simpan vape dalam bagasi kabin
Membawa rokok elektronik dalam kabin penumpang dapat memastikan sesuatu kemalangan itu, jika berlaku, dapat dikesan dan ditangani dengan segera.
MAB bukan pengganti MAS yang lama - Pakar Undang-undang
Apa sahaja yang dinikmati kakitangan di bawah pengurusan lama, adalah sejarah dan pengurusan baharu tidak boleh diharap untuk memindahkan faedah sama ke dalam kontrak baru.