Anggota keluarga kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 mendakwa pihak pengurusan MAS telah menghentikan perkhidmatan penjaga kebajikan atau 'caregiver' kepada mereka
menerusi e-mel Jumaat lepas.
Perkhidmatan yang disediakan MAS itu bertindak sebagai pengagih maklumat berkaitan perkembangan terbaharu MH370, termasuk pemudah cara dalam urusan menyalurkan bantuan kepada anggota keluarga kru pesawat berkenaan sejak pesawat berkenaan hilang pada 8 Mac lepas.
Melanie Antonio, isteri Andrew Nari yang juga Ketua Pramugara pesawat itu, berkata segala urusan berkaitan maklumat terkini MH370 termasuk kebajikan anggota keluarga dan pampasan kini perlu dilakukan melalui peguam pihak MAS.
"Semua perkara seperti mahu tahu perkembangan baharu bagi operasi SAR (mencari dan menyelamat) MH370, termasuk perubatan dan juga urusan tiket penerbanganpun mesti menerusi peguam," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri lima anggota keluarga kru lain serta anak perempuannya, Maira Elizabeth Nari.
Beliau berkata situasi itu merumitkan anggota keluarga terbabit bagi mendapatkan sebarang bantuan daripada pihak pengurusan MAS kerana perlu melalui proses yang panjang.
Melanie mendakwa khidmat penjaga kebajikan itu dihentikan kerana beliau dan enam lagi anggota keluarga kru pesawat malang berkenaan bertindak melantik peguam pada April lepas.
"Selepas MAS mendapat tahu lantikan peguam ini, segala urusan berkaitan MH370 kami perlu bagitahu peguam kami, kemudian peguam kami akan maklumkan kepada peguam MAS. Adakah ini tidak merumitkan kami yang masih bersedih dengan kehilangan orang tersayang?" soal beliau.
Lee Khim Fatt, yang merupakan suami pramugari Foong Wai Yueng, pula mendakwa tindakan menghentikan perkhidmatan itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada anggota keluarga.
Beliau berkata lantikan peguam itu hanya sebagai penasihat undang-undang dalam urusan menandatangani pelbagai dokumen berkaitan MH370 berikutan terdapat terma yang tidak difahami dari aspek undang-undang.
"Kami tidak boleh menandatanganinya jika kami tidak faham terma berkenaan. Bukan tujuan kami melantik peguam lini untuk mendapatkan sebarang manfaat daripada MAS, ia hanya untuk mendapatkan nasihat dari segi perundangan," katanya.
Sementara itu, Calvin Shim, yang merupakan suami pramugari Christine Tan, meminta pihak pengurusan MAS terus berhubung dengan anggota keluarga kru dan menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan terkini operasi SAR MH370 setiap hari.
Beliau mendakwa kali terakhir mendapat kemas kini status penyiasatan MH370 ialah pada 1 Mei.
"Sebelum ini, kami semua menerima status terkini penyiasatan MH370 dari MAS menerusi e-mel namun selepas 1 Mei, kami hanya mendapat maklumat berkaitan perkara itu daripada laporan media," katanya.
Dalam pada itu, Calvin yang mewakili anggota keluarga kru terlibat, mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atas keprihatinan beliau terhadap kebajikan mereka.
Pihak pengurusan MAS bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapat maklum balas berhubung perkara itu.
Bernama
Sun May 18 2014
Perkhidmatan yang disediakan MAS itu bertindak sebagai pengagih maklumat berkaitan perkembangan terbaharu MH370 - Gambar Fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.