PROGRAM Pembangunan Dasar MASA (MPDP) yang diperkenalkan julung kalinya pada September 2021, telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan penerimaan sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).
MPDP merupakan suatu usaha rintis dalam mempromosi penyelidikan dasar yang telah menjadi sebahagian daripada projek flagship MASA sepanjang tahun 2021 dan 2022, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Sebanyak 30 Ringkasan Polisi berjaya dihasilkan - merangkumi penyelidikan dasar dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan pembangunan lestari.
Sejajar dengan peranannya sebagai salah sebuah badan pemikir yang sentiasa menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, Institut Masa Depan Malaysia (MASA) dengan sukacitanya menawarkan sekali lagi geran penyelidikan MPDP 2.0 bagi tahun 2023, kepada badan pemikir, para penyelidik dan ahli akademia dari IPTA dan IPTS.
MPDP 2.0 kali ini menawarkan geran sehingga RM15,000 untuk setiap kertas cadangan penyelidikan yang terpilih. Pemohon yang berjaya perlu menghasilkan ringkasan polisi dan digalakkan untuk menerbitkan hasil penyelidikan dalam media cetak, media elektronik dan/atau jurnal terkemuka.
Mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan mengikut kategori dan tema terpilih bersandarkan kepada lapan (8) fokus utama sebagai persediaan dalam menangani cabaran kemelesetan ekonomi 2023 dan tahun-tahun akan datang meliputi fokus tema/ isu berikut:
i. Rumah Mampu Milik
ii. Keselamatan Makanan
iii. Perlindungan Sosial
iv. Perubahan Iklim
v. Memacu Perniagaan
vi. Meningkatkan Kemahiran Secara Berkala
vii. Membina Daya Tahan Kesihatan & Kesiapsiagaan Krisis Masa Depan
viii. Menangani Keciciran Pembelajaran
Borang permohonan MPDP 2.0 yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 Januari 2023
(Isnin). Untuk makluman lanjut, sila layari laman sesawang MASA di https://bit.ly/MPDP_2-0 atau
hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan menerusi emel [email protected].
AZRIL MOHD AMIN
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Masa Depan Malaysia
Kenyataan Media
Tue Dec 27 2022
MASA menawarkan geran penyelidikan MPDP 2.0 bagi tahun 2023, kepada badan pemikir, para penyelidik dan ahli akademia dari IPTA dan IPTS.
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kerajaan digesa tingkat usaha naik taraf sosio ekonomi wanita - MASA
MASA sokong segala bentuk pelaksanaan dasar yang boleh meningkatkan penyertaan serta kepimpinan wanita dalam sektor swasta dan awam.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia cerminan kejayaan setiap peringkat pendidikan
MASA berbangga dengan kejayaan sedekad Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hari Bumi Antarabangsa 2023: Kerajaan perlu tunai janji kekal 50 peratus tanah sebagai hutan simpan
Kemerosotan kesihatan bumi bukan sahaja memberi kesan negatif kepada flora dan fauna malahan kepada manusia sejagat.
MASA tawar geran penyelidikan MPDP 2.0
MASA menawarkan sekali lagi geran penyelidikan MPDP 2.0 bagi tahun 2023, kepada badan pemikir, para penyelidik dan ahli akademia dari IPTA dan IPTS.
Hari Wanita Sedunia satu penghargaan kepada wanita
Sudah tiba masanya fokus diberikan oleh kerajaan bersama-sama pemegang taruh lain dalam mengangkat dan mengiktiraf kedudukan wanita.
Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA terima 134 kertas cadangan
Geran penyelidikan MASA menerima sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan bukan kerajaan.
Syarikat Malaysia berupaya melaksanakan kerja baik pulih kabel dasar laut - MASA
Syarikat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menjalankan kerja baik pulih kabel dasar laut, menurut MASA.
Pemilik kapal mohon agihan segera peruntukan dalam Belanjawan 2021
Pengerusi MASA Datuk Abdul Hak Md Amin mengakui keperluan setiap industri perlu terus dikaji terutamanya mengenai pembahagian peruntukan.
Kaji selidik halalkan penggunaan ganja dilancar
Satu kaji selidik dijalankan bagi mendapatkan pandangan orang ramai berhubung pertimbangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.
Presiden MASA meninggal dunia
Intan Mustika Putri Mokhtar, 41 tahun, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur akibat kegagalan organ.