awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja

Sinar Harian
Sinar Harian
04/10/2023
11:45 MYT
Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Dr Izani (kiri) dan Mohd Nassuruddin (tengah) mendengar taklimat semasa Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Mini Meranti Baharu di Pasir Mas pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR MAS: Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin berkata, kertas kerja itu merangkumi hala tuju berkait kerja-kerja penggantian paip secara menyeluruh dan berperingkat-peringkat akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan menerusi Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
"Kelantan mempunyai lebih kurang 4,000 kilometer (km) paip yang bermasalah di seluruh negeri dan perkara itu akan dilihat dari segi masa dan kewangan," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.
Sebelum itu beliau hadir ke Majlis Perasmian Loji Rawatan Air Mini Meranti Baharu yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Menurut Dr Izani, semua perkara itu akan diteliti dalam mesyuarat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi memastikan masalah berkenaan dapat diselesaikan segera.
Ujarnya, pada masa sama kerajaan sudah mengarahkan AKSB untuk memberikan respon secepat mungkin terhadap setiap masalah melibatkan perkhidmatan air.
Dr Izani memberitahu, ia bagi memastikan masalah itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan, beliau berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan masalah ini.
"Tiada kerajaan negeri yang mampu menyelesaikan masalah ini tanpa sokongan dan bantuan daripada Persekutuan.
"Dengan kerjasama baik ini (negeri dan Persekutuan) kita dapat selesaikan masalah. Rakyat Kelantan yang menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat melibatkan semua, tanpa mengira fahaman politik.
"Oleh itu, saya mohon Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri untuk seluruh rakyat dan bukan parti tertentu sahaja," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#isu air
#rancangan penyelesaian
#Dr Izani Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan