LUMUT: Masalah bekalan air didakwa telah memberi kesan kepada kedatangan pelancongan di Pulau Pangkor sekaligus memberi kerugian kepada pengusaha-pengusaha perhotelan.
Menurut Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Sri Ganesh Michiel, beliau telah mendapat maklum balas daripada Pengusaha-Pengusaha Industri Perhotelan di Pulau Pangkor yang mengatakan mendapat kerugian berikutan apa yang didakwanya kegagalan pihak berwajib menyelesaikan krisis air itu.
"Pihak Lembaga Air Perak (LAP) serta Kerajaan Negeri dikatakan telah gagal untuk segera menyelesaikan isu pembekalan air di Pulau Peranginan berkenaan.
"Kesan daripada bekalan air yang tidak mencukupi serta tidak konsisten telah menyebabkan pelancong-pelancong terpaksa membatalkan percutian mereka di Pulau Pangkor," tambahnya.
Jelasnya ia secara langsung telah menyumbang kepada kerugian yang amat besar kepada Pengusaha-Pengusaha Industri Pelancongan serta ekonomi setempat dan mengajak untuk adakan rundingan segara.
"Justeru, kami menyeru kepada pihak-pihak berwajib untuk segera turun padang serta mengadakan perjumpaan bersama-sama Pengusaha-Pengusaha Perhotelan di Pulau Pangkor.
"Ia dalam usaha untuk mencari penyelesaian segera terhadap masalah bekalan air tersebut di samping memastikan usaha promosi Tahun Melawat Perak 2024 tidak terjejas mahupun tercalar," tambahnya lagi.
MyBHA dipertanggungjawabkan untuk mewakili dan membantu hotel-hotel bajet yang berlesen dan berdaftar di Malaysia dalam membawa dan/atau mengangkat segala masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kepada pihak yang bertanggungjawab.
Ia bagi meningkatkan imej industri perhotelan bajet di bawah tiga bintang secara khasnya dan industri pelancongan negara secara amnya.
Astro Awani
Wed Feb 14 2024
Pengusaha industri perhotelan di Pulau Pangkor didakwa berdepan kerugian berikutan apa yang dikatakan kegagalan pihak berwajib menyelesaikan krisis air itu. - Astro AWANI
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Masalah teknikal di LRA Batu Feringghi, bekalan air beberapa kawasan terjejas
Loji Rawatan Air (LRA) Batu Feringghi mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air hari ini.
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
KDN pilih Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng, sebagai Kampung Angkat MADANI
Kampung Beng, yang terkenal sebagai Mini Amazon Malaysia, telah dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Hari Ibu di Gaza: Kehilangan, pemindahan dan kelaparan
Dalam khemah yang serba daif, para ibu Palestin terpaksa menanggung tragedi yang tidak terungkap di kawasan Al-Mawasi yang bukan
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.