PUTRAJAYA: Pendengaran rayuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda bagi kesalahan rasuah berkaitan pembelian sebuah hotel di Sarawak, ditangguhkan sekali lagi berikutan bekas Pengerusi Felda itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Seremban kerana masalah jantung.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin membenarkan penangguhan itu selepas peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mewakili Mohd Isa memaklumkan bahawa anak guamnya dimasukkan ke hospital malam tadi dan laporan perubatan telah diterima daripada pihak hospital pagi ini.
"Isteri kepada Mohd Isa selaku penjamin juga tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana semalam beliau mendapatkan suntikan pada lututnya yang sakit dan beliau tidak boleh berjalan hari ini akibat suntikan itu.
"Kami baru dimaklumkan mengenai perkara itu dan pihak keluarga memohon maaf atas kesulitan tersebut," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak membantah penangguhan rayuan berkenaan.
Hakim Hadhariah, yang kemudiannya menetapkan 16 Okt depan untuk pendengaran rayuan berkata pihak mahkamah berharap agar Mohd Isa sihat pada tarikh pendengaran baharu itu.
"Jika ada masalah sakit, tidak ada sesiapa boleh buat apa-apa," kata hakim itu.
Sebelum ini, rayuan berkenaan ditetapkan pada 7 Mac lepas, namun pada tarikh itu, rayuan berkenaan dijadual semula hari ini (26 Jun) berikutan pihak pembelaan memerlukan masa untuk membalas hujahan pendakwaan.
Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Isa, 73, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.
Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan supaya kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan hingga rayuan selesai.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Pada 3 Feb 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Isa (gambar) atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad menegaskan, ketaatan dan kesetiaan terhadap UMNO tidak berbelah bahagi.
Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.
Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.
Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan
Pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.
28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara berkaitan kes rasuah.
Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain
Keputusan rayuan Isa Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan.Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Isa Abdul Samad berhubu
PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah
Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau menggunakan populariti ayahnya untuk meraih undi sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) ini.