GEORGE TOWN : Masalah kelewatan pelanggan mendapatkan bilik di hotel selepas mendaftar masuk ketika bercuti di Pulau Pinang terutama kawasan tumpuan pelancong adalah disebabkan sektor perhotelan di negeri itu kekurangan pekerja 3D (kotor, bahaya dan sukar).
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, K. Raj Kumar berkata kekurangan pekerja 3D itu disebabkan ramai pekerja hotel beralih arah ke bidang perkilangan selepas industri perhotelan dan pelancongan terjejas teruk ketika pandemik COVID-19 melanda negara hampir dua tahun lepas.
"Ketika ini paling kritikal ialah pekerja 3D di bahagian pembersihan bilik di hotel kerana orang tempatan tidak mahu bekerja dalam bahagian ini malah berdasarkan maklumat, banyak hotel alami kekurangan pekerja selepas COVID-19 melanda berikutan ramai mencari kerja di bidang perkilangan.
"Kami menganggarkan bagi setiap hotel berlaku kekurangan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peratus pekerja bagi sektor 3D disebabkan pandemik COVID-19, sebab itu ramai pelancong yang datang ke sini menghadapi masalah mendapatkan bilik malah terpaksa menunggu lama selepas mereka mendaftar masuk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tular di media sosial berhubung rungutan pelanggan kelewatan perkhidmatan di hotel berkenaan dan mereka mendakwa terpaksa menunggu sehingga waktu malam untuk mendapatkan bilik masing-masing.
Raj Kumar berkata masalah itu semakin meruncing selepas rentas negeri dibenarkan dan ia diburukkan lagi apabila pelanggan datang serentak ke hotel sehingga menyebabkan berlaku kelewatan untuk mereka mendapatkan bilik masing-masing.
Katanya selain itu, pada masa ini tiada pekerja warga asing bagi sektor 3D yang dibekalkan oleh ejen-ejen untuk sektor perhotelan memandangkan kebanyakan daripada mereka telah bekerja di sektor lain.
Beliau berkata ketika ini juga kebanyakan hotel mengambil langkah dengan tidak membuka kesemua bilik di premis mereka bagi mengatasi masalah kelewatan pelanggan mendapatkan bilik selepas mendaftar masuk.
"Contohnya kalau hotel ada 100 bilik, sekarang ini mereka hanya buka 70 bilik sahaja untuk ditempah pelanggan, ini yang banyak hotel praktikkan sekarang bagi mengelakkan berlaku masalah kepada pelanggan iaitu kelewatan mendapatkan bilik masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021

Sebelum ini tular rungutan pelanggan mengenai kelewatan perkhidmatan di sebuah hotel menyebabkan pelanggan dikatakan terpaksa menunggu sehingga malam untuk mendapatkan bilik masing-masing. - Gambar hiasan/ Unsplash

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Korporat | Perodua kenal pasti dua cabaran tahun ini
Dua cabaran utama dikenalpasti oleh Perodua bagi tahun ini melibatkan peningkatan kapasiti vendor dan bekalan semikonduktur. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu sudah merangka strategi bagi memastikan dua cabaran ini diurus dengan baik.

Automotif | Tempahan tanpa SST akan tetap diberikan selepas tarikh akhir
Perodua memberi jaminan semua tempahan yang dibuat sebelum pengecualian SST dihentikan akan tetap diberikan meskipun pelanggan menerima kenderaan selepas 31 Mac, iaitu tarikh akhir serahan bagi tempahan dengan pengecualian SST. Ketika ini Perodua mempunyai sejulah 220,000 tempahan tertunggak.

Video Trump beri keterangan bersumpah didedah
Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan Pindaan Kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Pantau Kerajaan Baharu: Cari keseimbangan pembangunan, warisan dan identiti negara
Sempena Hari Wilayah, tetamu, Ts Dr Shahariah Norain Shaharuddin, Pensyarah Kanan (Konservasi Warisan), Fakulti Alam Bina dan Ukur akan mengupas bagaimana kita semua boleh mencari keseimbangan dalam menyokong kerancakan pembangunan pada masa sama, tetap teguh memelihara seni bina warisan seperti bangunan bersejarah, masjid, tempat kediaman yang menjadi identiti negara.

Lebih 25,000 unit kediaman, komersil dibina sejak 50 tahun - Naza TTDI
Syarikat akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, projek premium dan mercu tanda.

Turkiye sasar 60 juta ketibaan pelancong asing tahun ini
Turkiye menyasarkan 60 juta ketibaan pelancong asing pada tahun 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Mehmet Nuri Ersoy pada Selasa.

Naik 'choley' tarikan baharu di Kampung Seberang Ramai
Tidak perlu lagi ke Thailand untuk menaiki 'choley' kerana perkhidmatan itu sudah ada di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Percutian Tahun Baharu Cina bawa harapan pemulihan ekonomi dunia
Jumlah pergerakan pelancong dalam negeri di China sepanjang tempoh percutian Tahun Baharu Cina (TBC) mencatatkan sebanyak 308 juta orang.

Tambah nilai produk pelancongan di Merlimau persediaan Tahun Melawat Melaka 2024
Usaha itu dapat mempopularkan Merlimau sebagai pekan kecil di daerah Jasin yang menjadi laluan pintu masuk ke Melaka dari arah selatan.

Seharusnya MOTAC dipanggil MOCAT, atau lebih baik...
Pelancongan sebenarnya adalah hasil kemudian atau 'by-product' daripada usaha terhadap pemerkasaan budaya dan seni.

Matta Fair 2023 sasar jana jualan RM400 juta, 250,000 pengunjung
Arab Saudi yang merupakan destinasi pelancongan baharu, menjadi antara sorotan pameran tahun ini.

Indonesia: Permohonan visa prapelaburan dan pelancongan boleh dibuat secara dalam talian
Warga asing kini boleh memohon visa pelawat Indonesia untuk prapelaburan dan pelancongan secara dalam talian.

Victoria STS Labuan laksana inisiatif penjagaan terumbu karang
Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd bersetuju melaksanakan inisiatif penjagaan terumbu karang di sekitar Taman Laut Labuan.

Majlis rumah terbuka di luar bandar mampu beri impak luar biasa - Sulaiman
Ia secara tidak langsung memberi peluang semua agensi terlibat memperkemas kawasan pelancongan sedia ada.