Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kebakaran yang berlaku di Flat Sri Sabah, di sini, pada hujung minggu lalu berpunca daripada masalah pendawaian elektrik yang berlaku di unit tiga di tingkat 17.
Pengarah JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, punca kebakaran itu dikenal pasti hasil siasatan oleh bahagian forensik JBPM Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, Muhammad Salleh menafikan dakwaan yang dilaporkan kebakaran flat tersebut berpunca daripada bunga api.
"JBPM telah kenal pasti punca kebakaran bermula di unit nombor 3. Difahamkan semasa kebakaran unit tersebut tertutup (pintu).
"Dan makluman awal seperti yang dikongsikan oleh orang awam berkenaan punca kebakaran disebabkan oleh bunga api adalah tidak benar, kata beliau ketika ditemui media di Sekolah Kebangsaan Sri Cheras, di sini, hari ini.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya masih lagi meakukan pelbagai ujian bagi mengukuhkan punca kebakaran itu.
“Buat masa sekarang, kami percaya 95 peratus punca kebakaran disebabkan pendawaian elektrik dan kita masih lagi dalam proses untuk mengesahkan selanjutnya,” ujar Muhammad Salleh.
Selain itu, Muhammad Salleh berkata, jumlah kerugian akibat kebakaran itu juga masih belum ditentukan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk melakukan pemeriksaan di kesemua flat kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
"Kita akan tubuhkan satu pasukan taskforce untuk periksa seluruh flat bandaraya (DBKL)... kita akan buat segera, kita akan tubuh, buat siasatan dan cadangan yang perlu untuk mempertingkat sistem-sistem untuk kediaman sebegini," tambahnya lagi.
Pia Ernadya
Tue Feb 13 2024
Jambatan Bomba dan Penyelamat menyesahkan kebakaran yang berlaku di Flat Sri Sabah adalah akibat masalah pendawaian elektrik yang berpunca dari unit tiga tingkat 17.
Mohd Khairul Ridzuan azam bantu lebih ramai mualaf buang tatu
Tujuan Mohd Khairul Ridzuan ialah untuk bantu golongan mualaf beribadah dengan lebih baik, yakin dan bersemangat.
Jemaah haji diminta jaga tanda pengenalan diri semasa di Tanah Suci
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji sepanjang di Tanah Suci.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah dua anggota dituntut keluarga
Jenazah Ahmad Azza dan Muhamad Syafiq dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, IPK Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.
[TERKINI] Sidang media KDN berhubung serangan balai polis
Ikuti sidang media Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pasca serangan balai polis yang berlaku pada Jumaat.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian - Saifuddin
"Penyerang ini bertindak bersendirian atau kita sebut sebagai lone wolf. Driven by motivation yang dia faham, sebab dia tak bercampur dengan orang."
Maklumat awal mendapati pelaku bertindak secara bersendirian
Maklumat awal mendapati bahawa pelaku merupakan warganegara Malaysia berusia 21 tahun dan tidak mempunyai rekod lampau serta melakukan tindakan tersebut secara bersendirian.
#AWANInews
#AWANInews
Henti sebarang spekulasi, beri ruang polis jalankan siasatan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan orang awam supaya menghentikan sebarang spekulasi berhubung kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
AWANI Ringkas: Sektor petrokimia dan penyelesaian tenaga hijau bersih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
KPT sumbang RM25,000 bantuan khas bencana, bantu ringankan beban mahasiswa UniMAP
Bantuan segera tersebut bagi menyantuni keperluan mahasiswa yang menjadi mangsa susulan kebakaran yang berlaku.
Treler muatan serbuk plastik musnah terbakar di lebuh raya PLUS
Bagaimanapun, kebakaran 70 peratus treler itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
10 pelajar terselamat bilik asrama terbakar
Kebakaran pada 3.30 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan pelajar lelaki berkenaan musnah 70 peratus.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Rompin rekod bacaan IPU tidak sihat
Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan pada 11 pagi tadi menunjukkan satu stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap tidak sihat iaitu di Stesen Rompin, Pahang disebabkan kebakaran setempat.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.