awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masalah pendengaran disebabkan kerja catat peratusan tinggi di Johor

Bernama
Bernama
04/09/2018
09:04 MYT
Masalah pendengaran disebabkan kerja catat peratusan tinggi di Johor
Selain masalah pendengaran, pihaknya juga menerima laporan penyakit pekerjaan lain seperti Musculo Skeletal Disorders (MSDs). - Gambar hiasan/Pixabay
Masalah pendengaran yang dipercayai berpunca akibat pekerjaan mencatatkan peratusan tinggi di negeri ini, kata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.
Pengarahnya Ir Saiful Azhar Mohd Said berkata masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran mencatatkan 70 peratus daripada lebih 700 laporan berkaitan penyakit pekerjaan (penyakit yang berpunca akibat pekerjaan).
"Ini adalah satu perkara yang kita harus pandang serius kerana ia menunjukkan majoriti rakyat Johor berpotensi mengalami masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran," kata beliau kepada pemberita selepas perasmian 'Majlis Sasaran Satu Juta Jam Bekerja (Manhours) Tanpa Kemalangan' oleh Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini, hari ini.
Untuk tempoh Januari 2018 sehingga hari ini, pihaknya telah menerima lebih 700 laporan berkaitan penyakit pekerjaan untuk negeri Johor dan menjangkakan akan menerima laporan sehingga 780 akhir tahun ini.
Selain masalah pendengaran, pihaknya juga menerima laporan penyakit pekerjaan lain seperti Musculo Skeletal Disorders (MSDs) atau gangguan otot rangka yang mengakibatkan kerosakan pada otot, saraf, tendon, ligamen, persendian seperti penyakit cakera tergelincir (slipped disc), katanya.
"Laporan-laporan ini penting kerana kita tidak pernah mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyakit yang berpunca daripada pekerjaan dan saya percaya masih ada banyak laporan mengenai penyakit ini yang kita tidak terima," tambah Saiful Azhar.
Oleh itu, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkaitan penyakit pekerjaan bagi mengenal pasti punca dan cara menanganinya dengan lebih berkesan.
Beliau berkata semakin banyak laporan yang diterima, maka data yang dikumpul juga akan bertambah banyak di mana hasil kajian maklumat berkenaan akan digunakan untuk menjamin kesejahteraan pekerja di tempat kerja mereka di masa hadapan.
"Oleh itu, kita JKKP telah menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi kesihatan seperti Hospital Pakar KPJ Puteri di mana mereka akan mengenal pasti jenis-jenis penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan dan laporan berkenaan akan diserahkan kepada JKKP untuk kita membuat analisa yang lebih tepat," jelasnya.
Tambahnya, perkara ini telah lama dilaksanakan oleh JKKP pusat dengan kerjasama daripada Malaysian Industrial Hygiene Association (MIHA) bagi mengumpul maklumat penyakit pekerjaan dalam negara.
"Kita harap dengan adanya maklumat yang komprehensif, kita akan dapat menghasilkan kaedah pekerjaan yang lebih selamat bagi membendung segala bentuk penyakit yang berpunca akibat pekerjaan," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesihatan
#Masalah pendengaran
#pekerjaan
#pendengaran
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan