KUALA NERUS: Masalah sampah yang serius dan membusuk kerana sistem kutipan yang tidak efisien menghantui penduduk Kampung Baru, Pulau Redang sejak setahun lepas.
Penduduk mendakwa masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan selepas aduan kepada pihak berkaitan dikemukakan.
Seorang penduduk, Johasman Husin, 44, berkata masalah yang berlarutan selama setahun itu memberi tekanan kepada penduduk kampung kerana terpaksa menghidu bau busuk sampah yang "menggunung" setiap hari.
Johasman berkata masalah timbul apabila kontraktor yang menguruskan kerja-kerja pembersihan hanya mengambil separuh daripada sampah yang ada untuk dilupuskan, manakala separuh lagi gagal diuruskan sehingga menyebabkan longgokan dalam jangka masa panjang.
"Semua sampah yang dibawa ke pusat pengumpulan di Kampung Baru bukan sahaja datang daripada penduduk di sini, tetapi semua resort dan chalet yang ada di Pulau Redang.
"Setiap hari dianggarkan 3,000 tan metrik sampah dibawa ke sini, tetapi hanya separuh yang diambil untuk dilupuskan. Sudah tentulah lama-kelamaan sampah itu akan menimbun dan membusuk," katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Pulau Redang petang semalam.
Seorang lagi penduduk, Mohamad Jaafar, 68, berkata masalah terbabit jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan imej Pulau Redang sebagai pusat pelancongan terkenal di negara ini.
Menurutnya, walaupun kedudukan Kampung Baru terpisah daripada kawasan chalet dan resort, ia tetap menerima kunjungan pelancong asing yang ingin menikmati pemandangan perkampungan nelayan dan budaya masyarakat di situ.
"Kampung Baru ialah sebahagian daripada Pulau Redang. Saya pasti pihak kerajaan tidak mahu masalah sebegini menjejaskan reputasi Pulau Redang sebagai lokasi pelancongan yang berprestij.
"Ramai pengusaha kedai makan di sini terjejas kerana bau busuk yang meloyakan membunuh selera pelanggan," katanya.
Sehubungan itu, penduduk kampung merayu supaya pihak kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu yang dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
Timbunan sampah berhampiran jeti nelayan di Kampung Baru Pulau Redang yang berlaku akibat sistem kutipan tidak efisien sejak setahun lalu. - Foto BERNAMA
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sampah bertimbun di Gaza timbulkan ancaman kesihatan
Membersihkan longgokan sampah di jalanan adalah sukar dan akses ke tapak pelupusan pula mustahil kerana ia berada di kawasan berbahaya.
Kuala Lumpur dicemari sampah ambang tahun baharu 2024
DBKL kesal susulan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sambutan tahun baharu 2024 di Kuala Lumpur dicemari sampah yang bertaburan.
Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.
Alam Flora jangka kumpul 10 tan sampah pada sambutan Hari Kebangsaan
Sebanyak 125 pekerja bersedia menjalankan tugas pembersihan seawal 5 pagi untuk memastikan kawasan sekitar kekal bersih.
Terowong pejalan kaki Medan Kidd 'terkubur', dipenuhi sampah sarap?
Keadaan kini sangat kotor, tidak terjaga dan dipenuhi sampah sarap selain tidak lagi digunakan dan ditutup bagi tujuan keselamatan.
Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.
Johor tingkatkan usaha bersihkan sungai
Ia bagi memastikan sasaran Sungai Skudai bersih, dapat dicapai sebelum bulan September ini.
Hampir 18,000 kg sampah dikutip setiap hari di Flat TUTA
Setakat ini, kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan SWM Enviroment dan SWCorp di flat itu telah melebihi 90 peratus.
Pertempuran tercetus antara kumpulan pendatang, polis Peru
Kawasan sempadan ini sering menjadi laluan bagi ribuan pendatang dari seluruh dunia yang ingin mengubah hidup mereka.
128 individu disaman buang sampah di tempat awam di Taiping
127 kompaun dikeluarkan melalui tangkapan kamera litar tertutup dan satu lagi ditawarkan melalui tangkapan terus.