awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masidi: Sabah komited tuntut semula cukai jualan negeri daripada REPSOL, SEA Hibiscus

Bernama
Bernama
10/06/2022
20:30 MYT
Masidi: Sabah komited tuntut semula cukai jualan negeri daripada REPSOL, SEA Hibiscus
Menteri Kewangan Kedua Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata langkah itu adalah mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited sepenuhnya untuk menggunakan semua hak perlembagaan dan perundangan dalam menuntut Cukai Jualan Negeri (SST) yang perlu dibayar untuk penjualan produk petroleum daripada Repsol Oil and Gas Ltd (REPSOL) dan SEA Hibiscus Sdn Bhd (SEAH).
Menteri Kewangan Kedua Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata langkah itu adalah mengikut Enakmen Cukai Jualan Negeri 1988.
Masidi, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, merujuk kepada kenyataan Hibiscus Petroleum Bhd baru-baru ini berhubung keengganan membuat pembayaran SST oleh anak syarikat milik penuhnya REPSOL dan SEAH.
"Untuk rekod, kedua-dua REPSOL dan SEAH telah memohon kepada Kementerian Kewangan (Sabah) dan kemudiannya dikeluarkan dengan lesen yang diperlukan sebagai 'orang kena cukai' menurut Peraturan Cukai Jualan Negeri 1999.
"Oleh itu, kerajaan negeri secara mutlak menyangkal dakwaan atas dasar REPSOL dan SEAH enggan membuat pembayaran SST dan telah pun menuntut pembayaran yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Masidi mendakwa terdapat perbincangan antara wakil-wakil pihak terlibat berhubung isu ini.
Walau bagaimanapun, perkara itu kini telah menemui jalan buntu dan kedua-dua syarikat kekal bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan berterusan untuk membuat pembayaran bagi jumlah SST yang tertunggak, termasuk penalti.
"Kerajaan negeri Sabah berhak untuk mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu mengikut kuasa, pihak berkuasa dan bidang kuasa negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Repsol
#SEA Hibiscus
#SST
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan