KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun kerajaan mewajibkan pelaksanaan pemakaian pelitup muka, nampaknya masih ada individu yang ingkar dengan arahan tersebut.

Ia selepas menyaksikan kesalahan tidak memakai pelitup muka merekodkan kes tertinggi pada Rabu iaitu sebanyak 218.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesalahan itu antara jumlah keseluruhan daripada 987 individu yang ditahan pada Rabu. 

Berikut lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri:

1. Seramai 987 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu,  939 individu dikompaun, 47 direman manakala seorang dijamin.

2. Menerusi OP Benteng, 11 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap, manakala sebuah kenderaan darat dirampas.

3. Beberapa lokaliti di Sabah, Sarawak dan Pahang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 5 Jun sehingga 18 Jun. 

4. PKPD di Kepulauan Tumpat, Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan dan 15 Mukim dalam daerah Besut, Terengganu dilanjutkan bermula 5 Jun sehingga 18 Jun.

5.  PKPD di lokaliti di Terengganu, Pahang, Sabah, Perak, Kelantan serta Sarawak ditamatkan seperti yang dijadualkan pada 4 Jun.