KUALA LUMPUR: Pemergian Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar kerana mendiang merupakan seorang tokoh politik yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.
Pengerusi Parti Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mendiang juga disifatkan pemimpin yang menjunjung integriti dan bekerja keras bagi kemajuan serta kemakmuran negara dan Sarawak.
‘’Jasa bakti beliau kepada negara dan Sarawak adalah tidak terhitung nilainya dan sudah pasti kehilangannya amat dirasai.
"PN amat menghargai sumbangan beliau sebagai seorang negarawan berjiwa besar yang banyak membantu mengukuhkan dan mengeratkan lagi semangat perpaduan negara.
‘’Saya yang secara peribadinya telah kehilangan seorang sahabat baik, berharap seluruh ahli keluarga mendiang agar dapat tabahkan hati menghadapi saat yang menyedihkan ini,’’ katanya.
BACA: Masing pemimpin berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan wibawa - PM
BACA: Abang Johari sebak, pemergian Masing satu kehilangan besar buat Sarawak
Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah, Petra Jaya, pada jam 7.05 pagi Ahad.
Mendiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu, dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
BACA: James Jemut Masing meninggal dunia
Selepas kesihatannya semakin merosot, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, minggu lalu.
Syafik Shukri Jalil
Sun Oct 31 2021
Muhyiddin berkata, jasa bakti mendiang kepada negara dan Sarawak adalah tidak terhitung nilainya dan sudah pasti kehilangannya amat dirasai. - Facebook/MuhyiddinYassin
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.
PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
PRN Sarawak: Pertandingan empat penjuru rebut kerusi DUN Baleh
Kerusi DUN Baleh sebelum ini disandang oleh mendiang Masing selama lapan penggal bermula pada 1983.
PRN Sarawak: "Kalau jadi calon DUN Baleh, saya akan teruskan legasi Masing" - Ugak Kumbong
Datuk Wilson Ugak Kumbong sangat memahami aspirasi dan perjuangan mendiang James Jemut Masing dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
PRN Sarawak: Warga Baleh mahukan ADUN cemerlang seperti mendiang Masing
Pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar buat komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
[LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing
Majlis penghormatan akhir itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana, Kuching.
Mengenang Masing: Upacara penghormatan terakhir sehingga 2 petang hari ini
Selain dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan, orang awam juga turut berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Mengenang Masing: Ketua Menteri, rakan kabinet beri penghormatan terakhir
Mereka akan memberi penghormatan terakhir mulai 8.30 hingga 9 pagi diikuti dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan sehingga 10.30 pagi.
Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberi penghormatan terakhir.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Masing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing.