awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid terapung, ikon terbaharu negeri Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
05/03/2019
04:12 MYT
Masjid terapung, ikon terbaharu negeri Sarawak
Dari sebuah pondok di lorong kecil lebuh India, kini tersergam indah di tebingan Kuching menjadikannya ikon terbaharu negeri ini. -YouTube
Masjid India bandar Kuching merupakan antara masjid tertua di Sarawak yang dibina pada tahun 1834.
Dari sebuah pondok di lorong kecil lebuh India, kini tersergam indah di tebingan Kuching menjadikannya ikon terbaharu negeri ini.
Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM21 juta dan mampu menampung 1,600 jemaah pada satu-satu masa.
Perasmian masjid ‘terapung’ yang baru siap dibina ini telah disempurnakan oleh Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan mula dibuka buat orang ramai pada 1 Mac lalu.
Turut hadir pada hari perasmian, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.
Sesuai dengan Kuching sebagai bandar raya perpaduan, beliau berkata “Masjid India Bandar Kuching ini akan menjadi ‘first impression’ buat para pelancong luar dan mereka yang bukan beragama Islam.”
Selaras dengan usaha untuk memperindahkan kawasan tebingan Kuching, masjid ini pasti mampu melonjakkan lagi aspirasi Kuching sebagai bandar raya cantik, bersih dan selamat.
Tahun 2019 merupakan tahun Visit Sarawak dengan tema ‘Sarawak More to Discover’.
Dengan adanya ikon unik ini, industri pelancongan di Sarawak pastinya lebih menarik lagi.
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#kawasan tebingan Kuching
#Kuching
#Kuching sebagai bandar raya cantik
#Masjid India
#masjid tertua
#Sarawak More to Discover
#tersergam indah
#Visit Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan