awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MASwings tawar promosi tambah 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
01/11/2022
15:11 MYT
MASwings tawar promosi tambah 'Jom Balik Undi' bagi pengundi Sabah, Sarawak
MASwings menawarkan tiket murah bagi laluan sehala bermula dengan harga serendah RM135 di bawah promosi kempen "Jom Balik Undi".
KOTA KINABALU: Bagi menggalakkan orang ramai pulang mengundi, MASwings menawarkan tiket murah bagi laluan sehala bermula dengan harga serendah RM135 di bawah promosi kempen "Jom Balik Undi" sehingga 30 November bermula hari ini.
Menurut Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata, kempen tersebut diadakan bagi membantu para pengundi terutamanya di Sabah dan Sarawak pulang ke negeri masing-masing untuk membuang undi pada 19 November.
"Sebagai 'Nadi Borneo', kami komited untuk menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan boleh dipercayai untuk menyokong dan membantu operasi PRU15.
"Sehubungan itu, kami menggesa pengundi tempatan untuk pulang ke kampung halaman bagi membolehkan mereka sebagai warganegara Malaysia," ujar beliau.
Menjangkakan permintaan yang bakal meningkat terhadap perkhidmatan MASwings, syarikat penerbangan itu turut menambah kekerapan penerbangan di beberapa laluan udara yang dikenal pasti di Sabah, Sarawak, dan Labuan pada 18 November sehingga 21 November.
"MASwings juga akan menambah kekerapan penerbangan untuk menampung lonjakan permintaan yang dijangka melibatkan beberapa laluan di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan.
"Kekerapan penerbangan akan ditambah daripada 21 kali seminggu kepada 28 kali seminggu melibatkan laluan Miri - Labuan, Miri - Sibu, Kota Kinabalu - Lahad Datu, dan Kota Kinabalu - Labuan bermula 18 sehingga 21 November," menurut kenyataan dikeluarkan itu.
Bagi laluan Kuching - Limbang, penerbangan MASwings pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu akan dinaikkan kepada 2 kali penerbangan setiap hari pada 18 dan 20 November.
MASwings turut menasihatkan pengundi yang berhajat untuk mendapatkan tiket agar melakukan tempahan segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk pulang ke daerah mengundi terutamanya pada saat akhir.
Topic Berkaitan
#MASWings
#Kapten Nasaruddin A Bakar
#Nadi Borneo
#PRU15
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan