awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat diseru tidak sertai 'flashmob' bantah kenaikan harga barang - KPN

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
16/07/2022
06:45 MYT
Masyarakat diseru tidak sertai 'flashmob' bantah kenaikan harga barang - KPN
Masyarakat juga diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. - Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti flashmob atau perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Menerusi kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan tegas akan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana penganjur flashmob, perhimpunan atau peserta yang gagal mematuhi undang-undang.
"PDRM akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.
"Pada masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Kenyataan dikeluarkan selepas PDRM mengesan sebaran video dalam media sosial yang mengajak orang ramai untuk menyertai aktiviti flashmob di seluruh negara bagi membantah kenaikan harga barang.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Acryl Sani Abdullah Sani
#flashmob bantahan
#Harga barang naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan