KUALA LUMPUR: Himpunan 'Freedom For Palestine' di Dataran Merdeka di sini hari ini, bukan sahaja mendapat sokongan daripada kaum Melayu, malah masyarakat Cina dan India turut sertai bersolidariti menentang kekejaman Israel.
Himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu bermula kira-kira jam 10 pagi dengan laungan jeritan 'Palestin', 'Israel shame of you' selain kibaran bendera Palestin serta plakad yang mengecam tindakan kejam rejim Israel.
Bukan itu sahaja, rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan tanda solidariti mereka.
Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan atau Arul berkata, isu Palestin adalah isu paling serius dalam dunia hari ini.
Menurutnya, jika dunia boleh selesaikan isu Palestin, keamanan boleh dicapai.
"Ini merupakan antara penjajahan paling lama yang perlu ditentang sekerasnya. Perlu ada solusi politik daripada solusi ketenteraan.
"Saya lihat isu ini bukan isu agama, tapi mengenai penindasan yang memerlukan kita bersolidariti dengan rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Israel," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Sementara itu, ahli perniagaan, K C Low, 53, yang hadir ke himpunan ini bersama isterinya berkata, penindasan ini mengenai kemanusiaan.
Jelasnya, lihat apa yang terjadi pada kanak-kanak dan seluruh rakyat Palestin, negara mereka dikawal oleh Israel.
"Israel tidak wujud, mengapa perlu kacau dan ceroboh tanah Palestin. Kami mahukan kebebasan dan keadilan untuk isu ini," katanya.
Selain itu, K Thana Letchumi, 30, berkata, dia hadir ke himpunan ini bersama rakan sebagai tanda sokong terhadap rakyat Palestin yang ditindas.
"Apa yang berlaku, tanah Palestin dibom dan diserang dengan sangat teruk.
"Ini bukan soal agama, ini soal kemanusiaan. Tindakan Israel adalah satu serangan yang sangat teruk dan inilah kekejaman mereka," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 22 2023
Himpunan 'Freedom For Palestine' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bermula jam 10 pagi hari ini. - Foto Sinar Harian
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.
Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.
Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
Video tersebut tak ada sangkut paut dengan saya - Sanusi
Beliau berkata, video tular yang memaparkan sambutan yang dikaitkan dengan dirinya itu adalah tidak benar.
Polis tingkat kawalan keselamatan pada malam ambang merdeka di ibu kota
Kawalan keselamatan ditingkatkan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.
Pelakon 'Hometown Cha-Cha-Cha' Kim Seon Ho tunai janji jalan-jalan di KLCC
Tidak hanya KLCC, malah Seon Ho juga mengikuti cadangan peminat untuk mengambil angin di lokasi menarik seperti Dataran Merdeka.
Jalan Raja, Dataran Merdeka ditutup seminggu mulai malam ini
Jalan Raja di Dataran Merdeka akan ditutup selama seminggu bermula 8 malam ini hingga 5 pagi pada 3 Ogos (Khamis) sempena Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj - Tonggak Perpaduan Negara.