awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masyarakat perlu berubah, jadikan budaya hidup baharu perangi COVID-19

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/05/2020
05:00 MYT
Masyarakat perlu berubah, jadikan budaya hidup baharu perangi COVID-19
Mohd Rozi meminta seluruh masyarakat di Kota Setar untuk sama-sama memastikan zon hijau seperti yang diumumkan dipertahankan dalam usaha mencegah penularan COVID-19. - Gambar Astro AWANI
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengajar rakyat tentang kemampuan mengadaptasi kehidupan berdasarkan situasi.

Adaptasi ini memerlukan mereka menimbang antara manfaat dan mudarat sesuatu keputusan, berkorban serta mengawal kehendak diri.

Inilah antara nilai yang perlu dibawa keluar dari PKP untuk dibawa ke fasa seterusnya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nanti.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin menegaskan, komitmen semua pihak amat diperlukan dalam usaha untuk terus beradaptasi dan berdisiplin mengawal diri.

Sebagai contoh, kata beliau, normal baharu seperti penjarakan sosial, kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung, berwaspada dalam bersosial merupakan amalan yang tidak mempunyai tarikh luput. Dalam masa sama, beliau menegaskan, segala amalan sedemikian tidak perlu terarah kepada pihak berkuasa semata-mata dalam memantau dan melaksankan kawalan. Sehubungan itu, Mohd Rozi meminta seluruh masyarakat di Kota Setar untuk sama-sama memastikan zon hijau seperti yang diumumkan dipertahankan dalam usaha mencegah penularan COVID-19.

"(Dalam kes) membawa kanak kanak ke tempat awam (misalnya), nasihat (sudah) diberikan supaya menghindarkan perkara ini. Kita semua sedia maklum kerajaan tidak teragak-agak menjadikan ia sebagai satu undang undang jika sekiranya masyarakat tidak mematuhi ataupun mengambil mudah kehadiran kanak kanak ke tempat awam.
"Dan untuk team SOP (prosedur operasi standard), pematuhan pada SOP ini juga salah satu aspek yang kita lihat ialah kehadiran warga emas, orang-orang tua dan juga kanak kanak di tempat awam pastikan perkara ini tidak berlaku," tegas beliau lagi.
Katanya, PKPB menuntut rakyat untuk hidup lebih bersederhana dan mengurangkan aktiviti yang tidak bersifat keperluan mendesak.

Justeru, beliau berharap budaya normal baharu ini tidak berakhir sebaik PKP ditamatkan kerana ia memerlukan masyarakat untuk kekal mengamalkannya secara konsisten serta mendidik anak-anak untuk mematuhinya.

Topic Berkaitan
#COVID19
#kerap membasuh tangan
#Ketua Polis Daerah Kota Setar
#memakai penutup mulut
#Mohd Rozi Jidin
#normal baharu
#penjarakan sosial
#perintah kawalan pergerakan
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan