awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
19/01/2021
22:04 MYT
Maszlee lancar kempen #SimpangMembaca
MASZLEE: Anak-anak kecil kita perlu dibantu agar tidak tercicir dan ketinggalan daripada pendidikan. -FB Maszlee Malik
HARI ini sudah masuk hari kelima kita melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Di seluruh negara, anak-anak kecil kita tak boleh ke sekolah dan melalui proses pembelajaran seperti biasa.
Saya memahami keresahan ibu bapa dan anak-anak ini yang barangkali ketandusan aktiviti untuk dibuat semasa berada di rumah.
Justeru, Pejabat Parlimen Simpang Renggam akan melancarkan kempen #SimpangMembaca.
Sumber Facebook phsimpangrenggam
Sasaran awal kami ialah anak-anak Darjah 1 dan Darjah 2 yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.
Seringkali saya bawa dan ketengahkan isu ‘Lost Generation’ yang berlaku akibat pandemik COVID ini. Saya percaya kita boleh elakkan masalah ini jika kita semua bekerjasama.
Anak-anak kecil kita perlu dibantu agar tidak tercicir dan ketinggalan daripada pendidikan.
Sejumlah 3,000 beg dan bahan-bahan seperti buku cerita, buku mewarna dan pensel warna telah siap disusun dan sedia untuk diedarkan ke seluruh Simpang Renggam.
Terima kasih kepada para penyumbang buku, di antara McDonald's Malaysia yang telah bermurah hati menyediakan buku buat anak-anak kita.
Kerana pendidikan adalah tanggungjawab kita bersama.
#simpangrenggamdihatiku #simpangmembaca #pendidikanuntuksemua
Topic Berkaitan
#kempen SimpangMembaca
#Maszlee Malik
#proses pembelajaran
#keresahan ibu bapa
#Pejabat Parlimen Simpang Renggam
#keluarga berpendapatan rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan