Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Menurut beliau, surat perletakan jawatan itu telah pun ditandatanganinya dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi universiti berkenaan untuk pelepasan jawatan yang disandangnya bermula bulan September tahun lepas.
"Saya kini bukan lagi Presiden UIAM, surat perletakan jawatan pun telah saya tandatangani, cuma kini menunggu pengumuman dari UIAM termasuklah individu yang bakal menggantikan saya.
"Peletakan jawatan ini atas kerelaan saya dan demi kebaikan bersama," katanya sepertimana dilapor Bernama pada Ahad.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja dan memberikan sumbangan kelengkapan klinik di Klinik Kesihatan Simpang Renggam yang turut dihadiri oleh Pakar Perubatan dan Kesihatan Keluarga Klinik Kesihatan Simpang Renggam, Dr Fatimah Hassan.
Jelas Maszlee lagi, beliau turut berharap semua pihak dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada individu yang bakal menggantikan tempatnya itu.
Beliau turut enggan mengulas tarikh sah perletakan jawatannya itu, selain enggan mengulas lanjut berkenaan desas-desus individu yang bakal menggantikannya iaitu bekas Naib Canselor UIAM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.
Sementara itu, semasa lawatannya ke klinik kesihatan berkenaan beliau telah memberikan beberapa kelengkapan untuk kemudahan orang ramai termasuk kerusi menunggu dan alat pendingin hawa.
Katanya, pemberian sumbangan berkenaan adalah susulan daripada gambar dan berita yang diviralkan dalam media sosial mengenai beberapa kemudahan terbabit yang telah uzur serta tidak selesa untuk kegunaan umum.
"Hari ini kita berikan beberapa kemudahan di klinik di sini agar orang ramai terutamanya pesakit akan berada dalam keadaan yang selesa ketika menunggu giliran mereka untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Astro Awani
Sun Jan 06 2019

Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). -Gambar fail

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dua menteri UK letak jawatan, Nadhim Zahawi dilantik Menteri Kewangan baharu
Johnson berdepan cabaran bagi mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri UK selepas dua menteri meletak jawatan secara mengejut.

BCorp umum pertukaran lembaga pengarah
Ia turut mengumumkan peletakan jawatan dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Datin Seri Sunita Mei-Lin Rajakumar dan Datuk Hisham Othman.

Maximus Ongkili letak jawatan Presiden PBS tiga tahun lagi atau lebih awal
Jelas Ahli Parlimen Kota Marudu itu lagi, tindakan beliau mengumumkan awal mengenai perkara tersebut adalah bagi memberi garis masa kepada parti untuk menyusun beberapa perubahan dalam kepimpinan PBS.

Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.

'Sudah sampai masa Zahid Hamidi lepaskan jawatan Presiden UMNO' - Tajuddin
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk melepaskan jawatan secara terhormat.

Wayne Rooney tinggalkan Derby County
Sejak bergelar pengurus pada November 2020, Rooney bergelut untuk memacu kelab itu disebabkan terlalu banyak isu luar padang.

Boris Johnson tegaskan tidak akan letak jawatan meskipun Tories tewas pilihan raya kecil
Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan selepas partinya tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen.

"Jumpa Zuraida dulu, kemudian Muhyiddin" - PM
Ismail Sabri akan bertemu Zuraida Kamaruddin minggu depan bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Zuraida sedia lepas jawatan menteri
Datuk Zuraida Kamaruddin bersedia melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi jika diarah berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Peletakan jawatan: Saya masih belum jumpa, Zuraida masih bercuti - PM
Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu Zuraida masih bercuti ketika pulang dari lawatan kerjanya di Turki dan Greece.