GUA MUSANG: 20 anak muda dikenali sebagai kumpulan 'Mat Jenazah' aktif melakukan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan keluarga kurang berkemampuan di negeri Kelantan.
Tidak mengira jarak perjalanan jauh atau dekat, mereka turut menyediakan lapan buah van jenazah mewah termasuk jenis kenderaan Toyota Alphard, Kia Carnival dan Toyota Estima untuk membawa jenazah dari rumah atau hospital ke tanah perkuburan.
Ditubuhkan sejak dua tahun lalu, kumpulan Mat Jenazah, yang juga dikenali sebagai Perwakilan Van Jenazah Anak Muda Kelantan, bersedia berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan.
Mereka secara sukarela bukan sekadar melakukan urusan mengambil jenazah, malah memastikan tiada sebarang beban ke atas keluarga dalam urusan pengebumian.
"Skuad kami masih baharu dalam pengurusan jenazah ini. Kami mula menyediakan perkhidmatan van percuma ini dua tahun lalu.
"Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan," jelas Imam Tua Masjid Chiku 3, Mahadi Mustapa
Menurut ahli kumpulan itu, Mohd Amirul Mohd Sani, perkhidmatan ini meliputi penghantaran jenazah dari seluruh negeri di semenanjung ke Kelantan.
"Contohnya, kalau warga Kelantan meninggal di Kuala Lumpur, kumpulan kami ini akan menguruskan penghantaran jenazah ke Kelantan," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berbangga dengan usaha yang jarang mahu dilakukan golongan anak muda zaman ini.
"Mereka melaksanakan kerja ini secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan dan sebagainya. Jadi saya berbangga dengan kumpulan anak muda ini yang prihatin terhadap usaha menguruskan jenazah.
"Saya dimaklumkan mereka banyak menguruskan jenazah bukan sahaja di kawasan Gua Musang ini namun di luar Kelantan untuk dibawa pulang ke seluruh daerah di negeri ini," katanya.
Muhafandi Muhamad
Sat Mar 13 2021
Mereka secara sukarela bukan sekadar melakukan urusan mengambil jenazah, malah memastikan tiada sebarang beban ke atas keluarga dalam urusan pengebumian. - Astro AWANI
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
'Bila Allah uji macam ini, akak terima' - Noorkhiriah reda van jenazah diinfak hangus terbakar
Norkhiriah juga berkata dia mungkin akan memohon sumbangan daripada orang ramai sekiranya van tersebut dapat dibaiki semula.
Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.
Van bawa jenazah terbalik di LPT1
Sebuah van jenazah membawa jenazah seorang wanita terbalik dalam kemalangan di Kilometer 128.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini awal pagi Ahad.
Sukarelawan belia VJGM urus jenazah secara percuma
VJGM kini mempunyai seramai 38 sukarelawan lelaki dan wanita dengan majoriti keahlian, adalah daripada golongan belia seawal usia 16 tahun.
Prabakaran sumbang van jenazah RM150,000
Menurutnya, tempoh tiga bulan diambil bagi meluluskan permohonan tersebut menggunakan peruntukan Pusat Khidmat Parlimen Batu.
Hannah Yeoh salur RM29,000 bantu beli van jenazah
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu.
Mekanik maut van jenazah terbabas masuk gaung
Seorang mekanik maut selepas van jenazah yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi tujuh meter di Kilometer 16, Jalan Jemaluang-Mersing.
'Sedih lihat van jenazah setiap hari'
Nor Syafira Ainoor, 28, yang juga seorang peniaga pula berkata, dia sedih melihat van jenazah yang sering lalu-lalang di hadapan kedainya setiap hari.
Van jenazah percuma Team Amal bantu keluarga kurang mampu
Sehingga kini, Team Amal telah membawa 125 jenazah Islam dan lapan bukan Islam, termasuk 18 jenazah pesakit COVID-19.