awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat Kasim bersara selepas 35 tahun perkhidmatan dalam PDRM

Bernama
Bernama
29/09/2023
11:49 MYT
Mat Kasim bersara selepas 35 tahun perkhidmatan dalam PDRM
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) menyerahkan Sijil Penghargaan dan Perkhidmatan kepada Mat Kasim (kanan) selepas majlis serah terima tugas jawatan di PULAPOL hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Selepas 35 tahun menabur khidmat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim bersara hari ini.
Majlis Paluan Berundur yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Dilahirkan pada 5 Mei 1964, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis (C/ASP) pada 28 Feb 1988 selepas menjalani latihan asas di Pulapol.
Mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Hayati Dali, beliau dikurniakan tiga cahaya mata terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan.
Sepanjang kerjayanya, Mat Kasim telah memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Johor pada 2016, Timbalan Pengarah Teknikal Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi pada 2017.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah (2018), Ketua Polis Melaka (2019), Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman (2020) sebelum dilantik ke jawatan terakhirnya sebagai Pengarah JSPT pada September 2021.
Sebagai menghargai bakti ditabur Mat Kasim, lulusan Sains Komputer dari Universiti Teknologi Mara itu telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah termasuk Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis dan Panglima Setia Pasukan Polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman
#PDRM
#Mat Kasim Karim
#bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan