awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mat rempit' kena tolak motosikal, polis keluarkan 301 saman di Teluk Intan

Bernama
Bernama
18/08/2024
07:20 MYT
'Mat rempit' kena tolak motosikal, polis keluarkan 301 saman di Teluk Intan
Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi polis di Teluk Intan malam tadi. - Gambar/ PDRM
IPOH: Sebanyak 42 motosikal disita selain 301 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Khas Ekzos Bising di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata enam lelaki berusia antara 18 hingga 21 tahun turut ditahan kerana menunggang secara melulu dan merbahaya mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi bermula pada 11 malam hingga 8.30 pagi tadi.
Beliau berkata operasi itu menumpukan kepada motosikal yang melakukan pengubahsuaian kenderaan sehingga menyebabkan gangguan bunyi serta mencegah samseng jalanan.
Ahmad Adnan berkata sebanyak 150 motosikal dan 21 kereta diperiksa melibatkan 211 pengguna jalan raya berumur antara 13 hingga 38 tahun.
"Kesalahan pengguna motosikal yang diperiksa adalah kesalahan aturan dengan 93 kes, nombor plat (82), tiada cermin sisi (41), ubah suai ekzos (34), tiada lesen memandu (28) dan Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (23)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak turut mengeluarkan 15 notis dan 15 kompaun di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mat rempit
#pelumba haram
#Teluk Intan
#operasi polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan