awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mat rempit tidak sempat 'makan angin' di Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2022
21:15 MYT
Mat rempit tidak sempat 'makan angin' di Port Dickson
Enam penunggang motosikal ditahan JSPT Bukit Aman dalam Ops Samseng Jalanan di Lebuhraya Seremban - Port Dickson, pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Aksi 'membunuh diri' sekumpulan penunggang motosikal di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, di sini mengundang padah selepas ditahan polis, pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, Operasi Khas Samseng Jalanan oleh sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman itu berjaya menahan enam penunggang terbabit kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan melakukan aksi bersaing sesama sendiri, superman, menundukkan badan dan zig-zag.
"Polis telah menahan keenam-enam penunggang lelaki berusia lingkungan 17 hingga 19 tahun.
"Semua motosikal jenis Yamaha 135LC, Yamaha 125ZR dan Yamaha Lagenda 115ZR telah disita untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, soal siasat mendapati geng terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk bersiar.
Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#mat rempit
#motosikal
#Mohd Nadzri Hussain
#samseng jalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan