JURULATIH Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris, mengesahkan seorang penyerang dari Brazil akan memperkuatkan pasukannya sebaik jendela perpindahan kedua dibuka Khamis nanti.
Mat Zan berkata pemain yang belum pernah beraksi dalam Liga Malaysia itu sudahpun turun menjalani latihan bagi menggantikan Thomas Koroma yang digugurkan.
Kehadirannya juga diharap menyelesaikan ketumpulan serangan selepas menyaksikan Negeri Sembilan tumpas 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) II, pada Sabtu.
"Kami memerlukan seorang penyerang tulen dan saya harap dapat membawa masuk pemain baru untuk beraksi dalam pusingan kedua liga.
"(Jose) Almir yang sebelum ini dipertaruhkan sebagai penyerang akan kembali ke posisi sayap manakala dua lagi tonggak import turut dikekalkan," jelasnya.
Dalam aksi di Kuala Terengganu malam tadi, jaringan Bruno Suzuki ketika permainan baru berusia seminit, menjadi pemisah di antara TFC II dan Negeri Sembilan.
Gol awal itu tidak menyentap semangat skuad Hobin Jang Hobin itu yang kembali mendapat rentak dalam babak berikutnya, namun tidak berhasil menyamakan kedudukan.
Menurut Mat Zan, barisan bimbingannya ketandusan idea serta beberapa peluang menembusi kubu pasukan tuan rumah terlepas begitu sahaja.
"Perlawanan agak seimbang dan walaupun penjaga gol kami membuat kesilapan, pemain-pemain saya melawan sehingga minit terakhir," tambahnya lagi.
Astro Arena
Sun Apr 28 2019
Mat Zan Mat Aris mengesahkan seorang penyerang dari Brazil akan sertai Negeri Sembilan. - Foto Stadium Astro.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Amazon Web Services, Masdar
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat berasingan daripada delegasi syarikat AWS dan Masdar di pejabat beliau di Putrajaya bagi membincangkan perancangan pelaburan dua syarikat itu di Malaysia.
KPWKM ke arah perkukuhkan industri penjagaan
KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melatih lebih 61 penjaga setakat tahun lepas dan menyasarkan untuk melatih 385 penjaga lagi tahun ini.
10 Berita Pilihan - (29 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Republik Kyrgyz setuju kukuh kerjasama TVET, STEM - PM Anwar
Malaysia dan Republik Kyrgyz bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan termasuk TVET dan STEM.
Kesihatan 'Timoh London' semakin merosot, keluarga mohon doa
Sejak berusia tiga tahun, Fatimah mencuri perhatian ramai kerana kefasihan kanak-kanak itu bertutur dalam dialek Kelantan.
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
PM Anwar lancar Kitab Fiqh terjemahan bahasa Melayu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan terjemahan Kitab Fiqh Zakat karya Almarhum Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bahasa Melayu di Kompleks Seri Perdana di sini.
Tumpuan Khamis – 30 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penyerang import PDRM FC Bruno Suzuki peluk Islam
Penyerang import PDRM FC, Bruno Suzuki sah memeluk Islam di Masjid Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, hari ini.
PDRM lakar kejutan di Stadium Darul Aman
PDRM melakar kejutan apabila merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.
Bruno Suzuki kesal gagal selamat jawatan Mat Zan
Pemain dari Jepun itu juga belum pasti boleh dipertaruhkan PDRM yang akan menyambung kempen dengan bertemu Terengganu FC II di tempat lawan, 3 April ini.
Mat Zan tagih kudrat penyerang Brazil
Mat Zan Mat Aris, mengesahkan seorang penyerang dari Brazil akan memperkuatkan Negeri Sembilan.