awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini

Bernama
Bernama
10/03/2024
20:30 MYT
MATA anjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia pada 23 Ogos ini
Mohd Khalid berkata, AITEX 2024 yang dijadual berlangsung di Sunway Resort Hotel akan merangkumi acara seperti Ekspo Pelancongan Islam termasuk haji dan umrah, Ekspo Perbankan Islam dan Ekspo Barangan Kemas Islam. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) akan menganjurkan Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX 2024) edisi kedua selama dua hari bermula 23 Ogos ini.
Pengerusi MATA, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, AITEX 2024 yang dijadual berlangsung di Sunway Resort Hotel akan merangkumi acara seperti Ekspo Pelancongan Islam termasuk haji dan umrah, Ekspo Perbankan Islam dan Ekspo Barangan Kemas Islam.
"Acara tahun ini akan menjadi satu platform dinamik bagi pemain industri, pihak berkepentingan dan orang awam untuk meneroka, berkolaborasi dan berinovasi dalam bidang pelancongan dan perdagangan Islam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau yang juga Pengerusi AITEX 2024 berkata, penganjuran ekspo itu turut mendapat kerjasama Majlis Pelancongan Islam Sedunia (WITC) dan Pertubuhan Pelancongan Islam Sedunia (GITO).
Selain pameran, katanya, AITEX 2024 akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pelancongan Islam dan Kewangan Islam yang akan membincangkan mengenai peluang dan cabaran yang dihadapi sektor pelancongan dan kewangan Islam.
AITEX 2024 juga akan menganjurkan Anugerah Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia pada 26 Ogos ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia
#AITEX 202
#MATA
#Mohd Khalid Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan