KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) sedang dalam usaha untuk menarik jemaah haji dan umrah daripada negara China, untuk melawat atau transit di Malaysia terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.
Presiden MATA Datuk Dr Mohd Khalid Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya dan beberapa pemain industri haji dan umrah tempatan, akan berangkat ke China dalam masa terdekat bagi mengadakan hubungan perniagaan pelancongan di antara dua negara.
"Pemain industri haji dan umrah tempatan yang terdiri dari ahli kami, telah menyusun beberapa program transit bagi menyambut kedatangan jemaah umrah dari China, seperti pakej selama lima malam di Kuala Lumpur dan Selangor.
"Pakej transit ini menekankan aspek dari sudut pelancongan Islam di Malaysia, dengan memasukkan lawatan ke masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kami telah mengenal pasti beberapa pemandu pelancong Islam yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin, dan akan bekerjasama dengan persatuan pemandu pelancong Kuala Lumpur," katanya.
Mohd Khalid berkata MATA juga akan menjalin kerjasama dengan agensi seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), bagi mengadakan kelas persediaan umrah atau haji kepada jemaah dari China, yang dapat memberi nilai tambah bagi mereka untuk memilih pakej transit di Malaysia.
"MATA percaya dengan adanya misi dagang ini dan mendapat kerjasama dari rakan strategik dari China, sudah pasti dapat membantu pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mencapai sasaran lima juta pelancong China ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Mohd Khalid berkata pihaknya akan berangkat ke China dalam masa terdekat bagi mengadakan hubungan perniagaan pelancongan di antara dua negara. - Gambar fail/Astro AWANI

JKPD, PRS dan Mentor Kepulihan kelompok penting bantu pemulihan dadah
Peranan institusi keluarga sebagai tempat rujukan pertama klien dalam kepulihan perlu diberi perhatian semua pihak.
MINDEF perkemas pendekatan G2G
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.
Dilantik sebagai menteri? Itu prerogatif PM
Adly yang juga Naib Presiden Amanah menegaskan, Amanah mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan sebagai calon menteri.
MINDEF sedia beri kerjasama kepada PAC
PAC dijangka memanggil pegawai kanan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan bekas menteri dan menteri semasa bagi mendapatkan perkembangan kemajuan projek LCS, hari ini.

Jerebu: Golongan berisiko dinasihat ambil langkah pencegahan
Mereka juga disarankan agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala sesak nafas, mengalami jangkitan selaput mata (konjunktivitis) atau serangan asma.

Tamatkan monopoli untuk tingkatkan keterjaminan bekalan beras - IDEAS
IDEAS menyeru untuk pendekatan berperingkat dalam pelaksanaan reformasi yang dilaksanakan dengan baik menjelang tahun 2031 bagi memudahkan peralihan ke pasaran terbuka dan penyahkawalseliaan import.

Badminton Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia, Jin Wei lolos mudah ke pusingan 16
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei, melangkah ke pusingan 16 Sukan Asia Hangzhou dalam acara perseorangan lelaki dan wanita sebentar tadi.

India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
#AWANIByte: INNOVATHON bantu inovator mengkomersialkan produk inovasi mereka
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yakin juara INNOVATHON, NACOTS dapat mengkomersilkan hasil ciptaan mereka jika dipadankan dengan pemain industri yang betul. Pendapatnya disokong Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang menyifatkan INNOVATHON berupaya mempercepatkan pengkomersialan sesuatu inovasi.
AWANI Ringkas: Lima rakan didakwa rompak kilang elektronik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kanada gesa rakyatnya 'berwaspada' ketika kunjungi India
Terdapat seruan untuk melakukan protes dan beberapa sentimen negatif terhadap Kanada di media sosial.

Marrakesh mula terima pelancong selepas gempa bumi
Bandar purba Marrakesh mula menerima kedatangan semula pelancong, lebih seminggu selepas gempa bumi kuat yang meragut ribuan nyawa.

14 maut pesawat terhempas di Brazil
Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing.

Pengecualian visa untuk pelancong China dijangka tingkat pendapatan pelancongan Thailand
Pengecualian visa untuk pelancong China ke Thailand dijangka menjana pendapatan pelancongan sekitar 92.58 hingga 140 bilion baht (100 baht = RM13.08) dalam tempoh lima bulan.

Hotel Ibis Styles Kota Bharu berlatarkan Sungai Kelantan yang mengimbau nostalgia
Hotel berlatarkan Sungai Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra ini menawarkan harga penginapan yang berpatutan.

Thailand kecualikan visa pengembara China, Kazakhstan untuk lima bulan
Thailand akan mengecualikan keperluan visa bagi pengembara dari China dan Kazakhstan untuk tempoh lima bulan mulai 25 September hingga akhir Februari, dalam usaha meningkatkan kedatangan pelancong.

Rusia tawar perjalanan bebas visa ke 5 negara termasuk Malaysia
Rusia telah mencadangkan perjalanan tanpa visa ke Kuwait, Oman, Bahrain, Arab Saudi dan Malaysia, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maxim Reshetnikov pada Isnin, lapor Sputnik.

Suhaizan hasrat majukan kampung Orang Asli di Pulai sebagai destinasi agropelancongan
Perkampungan Orang Asli di Parlimen Pulai berpotensi dimajukan sebagai lokasi agropelancongan sekali gus dapat membuka ruang penjanaan ekonomi bagi komuniti Orang Asli.

Bandar Venice kenakan bayaran masuk mulai tahun depan
Semua pelawat yang berumur 14 tahun ke atas perlu membayar yuran masuk itu.

Greece mula hadkan pelancong ke Acropolis Athens untuk cegah kerosakan
Acropolis Athens adalah kompleks monumen Yunani purba yang paling menarik dan lengkap yang masih wujud pada zaman ini, menurut UNESCO.