KUALA LUMPUR: Penggunaan gigi dan kaki palsu sebagai prostesis atau anggota badan gantian bukan perkara asing dalam masyarakat, namun apabila disebut mata palsu, mungkin ramai merasa janggal dan tidak mengetahui tentang kewujudannya sebagai 'pengganti' bebola mata.
Berkongsi fakta menarik tersebut, Pakar Oftalmologi (mata) Dr Nurul Laila Salim berkata walaupun tidak dapat membantu pesakit kembali melihat semula, pemakaian mata palsu mampu memperbaiki penampilan dan rupa paras pesakit kehilangan bola mata, contohnya pesakit kanser atau mereka yang kemalangan sehingga isi kandungan bola mata dibuang.
"Bagi pesakit tersebut, biasanya tulang muka di sekitar mata secara semula jadi akan mengecut setelah kehilangan isi kandungan bola mata dan menyebabkan tulang muka menjadi tidak simetri, terutamanya pada kanak-kanak yang masih membesar.
"Dengan pemakaian mata palsu, simetri tulang muka ini dapat dikekalkan secara lebih baik kerana adanya isipadu yang menyokong perkembangan tulang muka," katanya kepada Bernama.
Setiap pesakit yang kehilangan bola mata biasanya dirujuk untuk membuat mata palsu selepas beberapa bulan selesai pembedahan membuang bola mata mereka, namun terdapat juga pesakit memutuskan untuk tidak menggunakan prostesis tersebut atas sebab tertentu.
Mengulas lanjut, walaupun sering digelar 'mata batu' atau 'mata kaca', mata palsu biasanya diperbuat daripada bahan akrilik (medical grade acrylic) yang kurang memberi tindak balas alergi kepada tubuh badan.
Dr Nurul Laila yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang tersebut berkata, kebanyakan pembuat mata palsu di Malaysia adalah golongan sama yang menghasilkan gigi palsu malah proses pengambilan impresi untuk acuan mata palsu juga dibuat oleh pasukan dental.
Menurutnya, sebagai persediaan sebelum prosedur pembuatan mata palsu, doktor mata akan membuat suatu pembedahan untuk memasukkan implan berbentuk sfera ke dalam kelongsong bola mata sedia ada bagi memastikan mata palsu kelihatan lebih semulajadi dan mempunyai volum yang baik.
"Gambar wajah pesakit akan diambil supaya warna iris dan saiz anak mata pada mata yang normal dapat dikenal pasti dan warna iris ini akan cuba ditiru semirip mungkin pada mata palsu nanti.
Seterusnya, dalam keadaan berbaring, mata pesakit diisi dengan bahan yang akan dijadikan acuan membuat mata palsu, sama seperti kaedah membuat gigi palsu.
"Acuan ini kemudiannya akan digunakan untuk membuat mata palsu dengan saiz yang khusus untuk pesakit," jelasnya.
Mengenai cara penjagaannya pula, menurut Dr Nurul Laila pengguna hanya perlu membersihkan prostesis mata dengan menggunakan air bersih selang beberapa hari.
Katanya, tidak seperti kanta lekap, mata palsu tidak perlu dibuka ketika tidur atau mandi malah pemakaian sewaktu tidur penting kerana ia akan membantu fungsi bagi mengekalkan simetri wajah, dalam tempoh tidur yang panjang.
"Sekiranya ada ketidak selesaan, mata merah, atau berlendir, berjumpalah dengan doktor. Walaupun sudah tiada bola mata, namun, lapisan konjunktiva mata ini masih boleh dijangkiti kuman, serupa dengan mata yang normal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Mata palsu tidak perlu dibuka ketika tidur atau mandi malah pemakaian sewaktu tidur penting kerana ia akan membantu fungsi bagi mengekalkan simetri wajah.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Mata palsu kembalikan keyakinan diri pesakit
Mata pesakit diisi dengan bahan yang akan dijadikan acuan membuat mata palsu, sama seperti kaedah membuat gigi palsu.
Tergamak tampal mata palsu untuk ikan kelihatan segar
Taktik penjual ikan di Kuwait menampal mata palsu pada ikan untuk kelihatan segar akhirnya terbongkar selepas seorang wanita membongkar penipuan itu.