awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPN, NEAC teroka kerjasama strategik kukuh perpaduan nasional
MALAYSIA
KPM, SPP berjaya laksana reformasi tangani kekurangan guru - Fadhlina
MALAYSIA
Hamidin terima Anugerah Jasamu Dikenang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

MATFA harap sokongan kerajaan untuk industri taman tema menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026

Bernama
Bernama
02/07/2025
21:00 MYT
MATFA harap sokongan kerajaan untuk industri taman tema menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026
MATFA percaya dengan sokongan yang bersesuaian, sektor taman tema dan tarikan keluarga berpotensi besar untuk merangsang perbelanjaan pelancong. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA) berharap agar kerajaan dan agensi pelancongan berkaitan, dapat memberi sokongan yang lebih besar dalam mempromosikan industri taman tema negara sebagai tonggak utama strategi pelancongan nasional, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Presiden MATFA Tan Sri Richard Koh berkata persatuan itu, bersedia memainkan peranan penting dalam menarik pelancong tempatan dan antarabangsa, untuk menikmati pelbagai taman tema dan tarikan keluarga yang meriah di negara ini.
"Malaysia mempunyai pelbagai taman tema bertaraf dunia, pusat edutainment dan tarikan keluarga yang menawarkan pengalaman yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
"Dengan VM2026 semakin hampir, ini peluang terbaik untuk menampilkan yang terbaik daripada apa yang kita ada, daripada permainan yang mencabar dan taman air, sehinggalah kepada pengalaman budaya dan zon edutainment," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
MATFA juga berhasrat menjalin kerjasama strategik dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Tourism Malaysia dan kerajaan negeri berkaitan, bagi memastikan taman tema utama dan tarikan keluarga dimasukkan dalam bahan promosi, jadual perjalanan serta kempen pelancongan VM2026.
Antara cadangan utama yang dikemukakan MATFA, termasuklah pemberian insentif cukai atau promosi kepada pengendali taman tema bagi meningkatkan pengalaman pengunjung serta tahap mampu milik, selain mempromosikan Malaysia sebagai destinasi mesra keluarga di pasaran serantau dan global.
MATFA, yang menyokong Kempen Jualan Mega Malaysia 2025 yang sedang berlangsung, percaya dengan sokongan yang bersesuaian, sektor taman tema dan tarikan keluarga berpotensi besar untuk merangsang perbelanjaan pelancong, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pemulihan serta pertumbuhan pelancongan Malaysia pascapandemik.
Ketika ini, MATFA dan para ahlinya sedang merancang siri pakej tambah nilai, program istimewa dan promosi silang menjelang VM2026, bagi memperkaya pengalaman pelawat dan menggalakkan tempoh penginapan yang lebih panjang.
"Kami bersedia untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan VM2026 menjadi penanda aras kejayaan pelancongan Malaysia. Bersama-sama, kita boleh menjadikan Malaysia destinasi pilihan utama percutian keluarga di Asia Tenggara," katanya.
Ditubuhkan pada tahun 2001, MATFA mewakili taman tema, taman air, taman permainan dalaman, arked dan pusat hiburan keluarga di seluruh Malaysia dan rantau ASEAN.
Persatuan ini mempromosi rekreasi sihat, pematuhan standard industri dan pembangunan pelancongan melalui kerjasama serta advokasi berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#pusat hiburan
#Taman Tema
#MATFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami