SHAH ALAM: MATTA sedia bekerjasama dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan pihak berkuasa lain yang berkaitan bagi meningkatkan tahap keselamatan pelancongan negara sekali gus memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kualiti perkhidmatan tersebut.
Presidennya, Nigel Wong berkata, kerjasama itu melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian jangka panjang dan mampan untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
“Kami menggesa MOTAC mengambil sikap dan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab.
“Tindakan segelintir individu atau organisasi yang tidak bertanggungjawab tidak sepatutnya memburukkan reputasi keseluruhan industri pelancongan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, dua orang maut selepas bas persiaran membawa pelancong warga China dilaporkan terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa yang maut merupakan dua penumpang lelaki dipercayai warga China.
Dalam pada itu, ujar Nigel, peristiwa kemalangan baru-baru ini menekankan keperluan penting dari segi waspada dan akauntabiliti dalam sektor pengangkutan.
“MATTA komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan pelancong dan menggesa agar ketat langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi kejadian tersebut,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 01 2024
WONG: MATTA menggesa MOTAC mengambil sikap dan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab. - Foto MATTA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Pameran MATTA 2024 sasar kehadiran lebih 200,000 pengunjung
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2024 pada 6 hingga 8 Sept ini disasar menjana perolehan jualan sekitar RM250 juta.
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan
MATTA mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.
Pameran MATTA: Tourism Selangor optimis capai sasaran 70,000 pengunjung
Sasaran itu mengambil kira pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik dan menjimatkan yang disediakan oleh pemain industri.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adakan prosiding pertama kes kekecohan di KLIA
Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi.
Keluarkan bayaran balik penerbangan daripada TTPM - MATTA
Segala rungutan penerbangan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan bukannya TTPM.
Harga pakej umrah dijangka naik
MATTA memaklumkan agensipelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.
MATTA belum terima tarikh kemasukan pelancong China
Pelancong dari China dijangka akan segera melancong ke luar negara termasuk Malaysia sebaik pintu sempadan negara mereka dibuka.
Ketibaan pelancong dijangka cecah 5 juta menjelang hujung tahun - MATTA
Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia dijangka mencecah lima juta menjelang akhir tahun ini, menurut persatuan pengembaraan dan pelancongan terbesar negara.