awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut kemalangan selepas berbuka puasa bersama rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
01/05/2022
22:05 MYT
Maut kemalangan selepas berbuka puasa bersama rakan
Dalam kejadian di Jalan Bangi Lama, Kajang, tengah malam tadi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya semasa mengambil selekoh sebelum terbabas jatuh di laluan bertentangan. - Foto Sinar Harian
KAJANG: Seorang penunggang motosikal maut akibat kemalangan di Jalan Bangi Lama, di sini pada Ahad ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama rakan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, kejadian pada jam 12.01 tengah malam itu berlaku ketika lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan balik dari Kajang ke Banting.
Kata Mohd Nasir, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Pulsar itu dipercayai telah gagal mengawal motosikalnya semasa mengambil selekoh sebelum terbabas jatuh di laluan bertentangan.
"Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan polis meminta saksi yang melihat kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Inspektor M Somasureshan di talian 016-4915193 atau 03-89114262.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Jalan Bangi Lama
#Mohd Nasir Drahman
#maut selepas berbuka puasa bersama rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan