KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan memuktamadkan usahanya dalam menambah baik Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) dan dijangka akan bermula pada suku pertama 2024.
Dalam satu kenyataan semalam, MAVCOM berkata penambahbaikan yang dirancang bagi MACPC itu termasuk penambahbaikan terhadap peruntukan sedia ada dan penambahan peruntukan baharu mengenai isu-isu utama seperti bayaran balik, pengiklanan oleh syarikat penerbangan, serta penundaan dan pembatalan penerbangan.
Katanya, dengan memanfaatkan pengalaman yang dipelajari dalam tempoh pasca pandemik COVID-19, serta mengambil kira pandangan daripada aduan-aduan pengguna yang diterima oleh MAVCOM, pembaharuan ini dirangka untuk memenuhi keperluan pengguna penerbangan yang semakin berkembang dengan lebih efektif.
"MACPC yang diperkemas kini merupakan satu lagi langkah ke arah meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti yang lebih besar dalam industri penerbangan, menjadikannya lebih sejajar dengan amalan terbaik global dalam perlindungan hak pengguna perjalanan udara," katanya.
Sementara itu, MAVCOM berkata ia telah menyelesaikan fasa pembangunan dan pelaksanaan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pada separuh pertama 2023.
Ia berkata selain BKI, kualiti perkhidmatan lapangan terbang itu juga akan dilaksanakan di lapangan terbang lain di Sabah, termasuk lapangan terbang kedua terbesar di negeri itu, Lapangan Terbang Tawau, yang dijangka bermula pada suku pertama 2024.
MAVCOM berkata mengambil kira dinamik ekonomi, suruhanjaya itu telah meneliti perubahan ketara bagi tambang penerbangan.
"Pada 2022, purata tambang bagi penerbangan domestik telah melonjak sebanyak 48.1 peratus jika dibandingkan dengan tahap sebelum pandemik COVID-19, yang dipacu oleh kenaikan harga bahan api serta penurunan dan kenaikan mata wang.
"Sejak April 2023, MAVCOM telah melaksanakan pemerhatian tambang penerbangan bagi tempoh perjalanan Krismas bagi tahun 2023 antara Semenanjung Malaysia ke Sabah, menunjukkan peningkatan purata tambang perjalanan semasa tempoh perayaan Krismas daripada RM338 pada April 2023 kepada RM490 pada September 2023. Kenaikan ini berlaku kerana kebanyakan tiket yang lebih murah telah habis dijual," katanya.
Menurut suruhanjaya itu, pada 27 September 2023 menunjukkan tambang penerbangan kelas ekonomi terus sehala bagi laluan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak adalah antara RM279 dan RM1,398, dengan 27 peratus tambang di bawah tambang purata.
"Berdasarkan senario ini dan jangkaan kekurangan tambang tiket yang lebih berpatutan akibat peningkatan permintaan pengguna dan pilihan penerbangan yang terhad, serta musim perayaan yang semakin hampir, MAVCOM menggalakkan para pengguna untuk menempah penerbangan mereka bagi musim perayaan Krismas/Akhir tahun dengan lebih awal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
MAVCOM berkata ia telah menyelesaikan fasa pembangunan dan pelaksanaan Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada separuh pertama 2023. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MAVCOM jangka catat 97.6 juta trafik penumpang pada 2024
Jumlah trafik penumpang udara Malaysia mencecah 46.6 juta, mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.3 peratus pada separuh pertama 2024.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
Mavcom umum pindaan kadar PSC berkuat kuasa 1 Jun 2024
Mavcom menjelaskan tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu itu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas tarikh itu.
Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline
Penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Mavcom terima 1,251 aduan pada separuh pertama 2022
AirAsia menerima jumlah aduan tertinggi dari Januari hingga Jun 2022 iaitu sebanyak 42.1 peratus (527) daripada jumlah keseluruhan aduan.
MAVCOM perlu teliti isu kelewatan penerbangan dengan serius - Ka Siong
Kerajaan boleh berkompromi jika penerbangan itu langsung tidak boleh dielakkan atas sebab cuaca, tetapi bukan kerana kejuruteraan atau penyenggaraan.
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Alexander Nanta Linggi berkata, kementerian akan terus menjalankan siasatan dengan mengambil kira sisi kepentingan pengguna.
Kekerapan penerbangan ke Sarawak ditingkatkan bermula 1 November
Syarikat penerbangan utama negara telah dimaklumkan oleh MAVCOM mengenai kelulusan kekerapan penerbangan baharu itu.
Saripuddin Kasim dilantik Pengerusi Eksekutif MAVCOM baharu
MAVCOM juga mengesahkan Dr. Nungsari Ahmad Radhi telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif MAVCOM pada 10 April 2020.
MATTA desak syarikat penerbangan bayar pampasan tunai, MAVCOM kata industri perlukan masa
Disebabkan kekecohan yang timbul susulan kenyataan yang dibuat oleh MATTA pada pagi 8 April, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) tampil untuk menyangkal hujahan yang dibawa oleh persatuan itu.