awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber

Bernama
Bernama
05/02/2024
12:24 MYT
Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber
Maxis berkata langkah pertahanan tambahan juga sedang dilaksanakan untuk meningkatkan keteguhan sistemnya bagi mengurangkan risiko selanjutnya.
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd hari ini memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan berlakunya pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata pihaknya “tidak mengesan apa-apa berkaitan dengan sistem kami (tetapi telah) mengenal pasti insiden yang disyaki membabitkan capaian tanpa izin terhadap satu daripada sistem vendor pihak ketiganya yang berada di luar sekitaran rangkaian dalaman Maxis.”
"Kami sedang bekerjasama dengan mereka untuk menyiasat lebih lanjut dan telah memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu hari ini, portal teknologi melaporkan bahawa R00TK1T ISC Team' mengeluarkan dakwaan bahawa mereka telah mendapat akses terhadap data kepunyaan Maxis Communications.
Maxis berkata langkah pertahanan tambahan juga sedang dilaksanakan untuk meningkatkan keteguhan sistemnya bagi mengurangkan risiko selanjutnya.
"Kerahsiaan dan keselamatan pelanggan sangat penting bagi kami, dan keutamaan berterusan kami adalah penilaian dan pembendungan yang menyeluruh. Kami akan terus menyediakan kemas kini yang diperlukan mengenai perkembangan," katannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maxis
#keselamatan siber
#kebocoran data
#keselamatan data pelanggan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan