awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat akauntan disyaki dibunuh ditemukan di tepi jalan

Bernama
Bernama
11/12/2023
14:44 MYT
Mayat akauntan disyaki dibunuh ditemukan di tepi jalan
Zam Halim berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada kira-kira 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.
"Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mayat mangsa. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat yang akan dilakukan esok.
"Semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanun Keseksaan
#HCTM
#pengenalan diri
#kesan kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan