awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam longgokan sampah

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2023
08:12 MYT
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam longgokan sampah
Mayat yang dibalut dengan pakaian itu ditemukan di kawasan pembuangan sampah kira-kira jam 11.30 malam. - Gambar/ Astro AWANI
LAHAD DATU: Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di Fajar di sini pada Sabtu malam.
Mayat yang dibalut dengan pakaian itu ditemukan di kawasan pembuangan sampah kira-kira jam 11.30 malam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mayat bayi itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun.
"Lelaki terbabit merupakan pemandu lori kontraktor pembersihan sampah yang ketika itu sedang memungut sampah di kawasan berkenaan.
"Mayat bayi itu dibalut dengan menggunakan kemeja perempuan berwarna kelabu dan bergaris yang diletakkan di atas longgokan sampah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Rohan Shah berkata, susulan kejadian itu sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.
"Mayat bayi itu telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat.
"Kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.
Topic Berkaitan
#jumpa bayi
#Lahad Datu
#longgokan sampah
#lori sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan