awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi bertali pusat, kepala pecah ditemui di Sungai Klang

Bernama
Bernama
04/12/2013
23:07 MYT
Mayat bayi bertali pusat, kepala pecah ditemui di Sungai Klang
Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini, Rabui.
Ketua Polis Dearah Klang Selatan, ACP Mohd Mat Yusop, berkata mayat bayi yang belum dikenalpasti identiti ditemui seorang penjaga pangkalan yang sedang mengutip tin kosong di tebing sungai itu pada kira-kira 9 pagi.
"Mayat bayi yang cukup sifat ditemui dalam timbunan sampah dalam keadaan terlentang dengan tidak berbaju," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mat Yusop berkata pada awalnya, penjaga pangkalan berkenaan menyangkakan bayi itu sebagai anak patung.
Beliau berkata mayat bayi yang dipercayai meninggal dunia tiga hari lepas dihantar ke Makmal Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan membuang mayat dengan sulit, katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#bayi
#mayat
#sungai klang
#tali pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan