awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi dibuang di perhentian bas

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2019
22:21 MYT
Mayat bayi dibuang di perhentian bas
Pemeriksaan awal mendapati bayi tersebut berusia tidak sampai seminggu. - Foto ihsan PDRM
Kejam apabila mayat bayi lelaki tanpa pakaian yang berusia tidak sampai seminggu ditemui dalam sebuah beg plastik disyaki dibuang di perhentian bas Flat Sri Intan, Jalan Bukit Permai, Ampang lewat petang semalam.
Mayat berkenaan ditemui oleh seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tiba di lokasi untuk menaiki bas sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusof berkata, bayi lelaki itu disahkan telah meninggal dunia selepas pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Ampang.
Pemeriksaan forensik mendapati bayi tersebut tidak mempunyai tali pusat dan telah dimasukkan ke dalam plastik putih dan plastik hitam sebelum ditinggalkan di lokasi kejadian.
Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Ampang
#bayi
#Flat Sri Intan
#mayat
#meninggal dunia
#Noor Azmi Yusof
#perhentian bas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan