awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi perempuan ditinggalkan di tepi tong sampah

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2017
04:17 MYT
Mayat bayi perempuan ditinggalkan di tepi tong sampah
Keadaan mayat bayi yang berbungkus kain putih ini mengejutkan orang ramai. - Foto: PDRM
Mayat seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan di tinggalkan di sebelah tong sampah di Kompleks Makan Bayu Senja, Batu Feringghi, Pulau Pinang kira-kira jam 9 pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh orang awam di dalam sebuah kotak hitam serta dibungkus dengan kain putih dan sehelai kain batik.
Anuar berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada tubuh bayi tersebut.
Pihak polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang mempunyai kaitan dengan bayi malang itu, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.
Mayat itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Topic Berkaitan
#bayi
#bayi perempuan
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan