awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat berulat ditemui di Ayer Tawar

Bernama
Bernama
08/07/2016
23:38 MYT
Mayat berulat ditemui di Ayer Tawar
Polis menjumpai kereta mangsa dalam keadaan rentung dan mayat mangsa ditemui dengan berpakaian lengkap di kebun sawit yang sama. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan muka berulat dipercayai disamun di sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar, Sitiawan dekat sini pagi Jumaat.
Ting Kwong Boh, 38, ditemui mati oleh orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi semalam dengan kesan luka dan lebam di badan, manakala keseluruhan mukanya berulat.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata ayah mangsa memaklumkan anaknya keluar dari rumah di Taman Hijau, Sitiawan pada 12.05 tengah malam Rabu untuk berjumpa rakan selepas menerima panggilan telefon.
"Bapa mangsa menghubungi mangsa pukul 10.30 pagi (Rabu) sebelum mangsa memberitahu dia dipukul dan ditinggalkan di kebun kelapa sawit di Kampung Bharu, Ayer Tawar di sini oleh individu tidak dikenali.
"Mangsa memberitahu ayahnya bahawa kereta Toyota Altis miliknya turut dilarikan," katanya ketika dihubungi.
Tengku Mohd Zailan berkata polis berjaya menemukan kereta mangsa dalam keadaan rentung dan mayat mangsa ditemui dengan berpakaian lengkap di kebun sawit yang sama.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah
#Ayer Tawar
#ladang kelapa sawit
#mati
#muka berulat
#samun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan