awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dibalut kanvas ditemukan terapung di lombong

Sinar Harian
Sinar Harian
11/10/2018
04:49 MYT
Mayat dibalut kanvas ditemukan terapung di lombong
Mayat ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh orang awam yang sedang menjerat burung di kawasan berkenaan. - Foto Sinar Harian
Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah lombong di Jalan Kuari, Tanjung Batu, Pantai Remis, di sini, semalam.
Mayat ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh orang awam yang sedang menjerat burung di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, mayat dibungkus dengan kanvas berwarna biru diikat di bahagian kepala dan kaki.
“Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung tiba di lokasi dan mangsa ditarik ke tepi lombong dengan bantuan pasukan bomba.
“Pemeriksaan dilakukan dan bahagian kaki mayat terdapat ketulan batu. Namun, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati mayat berkenaan dijangka mati dalam tempoh 2 atau 3 hari berdasarkan komposisi tubuh yang mula membengkak.
“Mayat dipercayai berusia lingkungan 40 hingga 50an. Unit Anjing Pengesan K9 dipanggil bagi membantu menjejak suspek dan bahan bukti.
“Mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat,” katanya.
Muhammad Hanif berkata, orang awam yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu kes berkenaan yang
disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Ipoh
#jenayah
#lombong
#mangsa
#manjung
#mati
#polis
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan