awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dijumpai tidak berpakaian - Timbalan KPN

Fareez Azman
Fareez Azman
13/08/2019
11:27 MYT
Mayat dijumpai tidak berpakaian - Timbalan KPN
Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne hilang. - Foto Bernama
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.
Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang hilang.
"1.57 petang pasukan SAR terdiri dari NGO, Bomba, Polis telah mendapat maklumat ada satu mayat di kawasan mencari lebih kurang 2.5 km dari resort.
"Susulan itu pihak Forensik PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah dan Patologi dari Seremban telah ke tempat kejadian dan telah melakukan kerja-kerja awal disana.”
“Untuk makluman mayat telah diterbangkan kerana kawasan berlurah, ke Hospital Seremban. Saya telah bertemu dengan keluarga Nora Anne berkenaan perkara ini,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
FOTO GALERI: Menjejaki Nora Anne Quoirin
Sementara itu, Datuk Mazlan menjelaskan kawasan penemuan mayat itu berada dalam kawasan pencarian sebelum ini.
“Kita dah cover kawasan ini, dimaklumkan pihak kita coverage 2,4,6 kilometer sebelum berpatah balik on and off melalui kawasan tersebut. Pihak SAR telah cover di kawasan itu,“ katanya lagi.
Terdahulu, dalam kejadian pada 4 Ogos lalu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang.

 Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan. BACA: 'Mayat seorang wanita berkulit putih dalam keadaan sempurna ditemui' - Polis
Topic Berkaitan
#Dusun
#hilang
#Ireland
#Mazlan Mansor
#Nora Anne Quoirin
#penemuan mayat
#rumah penginapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan