awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemukan terapung di Port Dickson

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2023
16:08 MYT
Mayat ditemukan terapung di Port Dickson
Tangkap layar video penemuan mayat seorang lelaki. - Sinar Harian
PORT DICKSON: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Jeti Penumpang Port Dickson di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat terbabit jam 1.40 tengah hari setelah dihubungi pegawal keselamatan Jabatan Laut Port Dickson.
"Polis ke lokasi kejadian dan dengan bantuan bot Jabatan Laut Port Dickson, mayat tersebut dibawa ke darat.
"Ketika ditemui, mayat berkenaan berpakaian baju singlet dan berseluar pendek warna hitam, memakai rantai leher dan terdapat tali rantai warna merah tangan sebelah kanan," katanya dalam kenyataan kepada media pada Sabtu.
Menurutnya, berdasarkan siasatan lanjut, lelaki terbabit dianggarkan berusia lingkungan 40 ke 50 tahun.
Tambahnya, tiada unsur jenayah dikesan dan mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu dibawa ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, hasil semakan pihak polis mendapati tiada sebarang laporan orang hilang diterima di mana-mana balai polis dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson setakat ini.
"Usaha mengesan waris masih dijalankan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki tersebut boleh menyalurkannya ke balai polis berdekatan atau menghubungi hotline IPD Port Dickson di talian 06-6462999," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat tanpa identiti
#mayat terapung
#Jeti Penumpang Port Dickson
#Polis Daerah Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan