awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Menara pencawang telekomunikasi di Sungai Perak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dua beranak ditemukan terapung di Pulau Ketam

Bernama
Bernama
06/08/2025
21:50 MYT
Mayat dua beranak ditemukan terapung di Pulau Ketam
Mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun ditemukan terapung di perairan berhampiran Jeti Pulau Ketam, di Klang, pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun ditemukan terapung di perairan berdekatan Jeti Pulau Ketam, Klang dekat sini pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata kedua-dua mayat itu ditemukan oleh orang awam kira-kira 7.30 pagi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan di kawasan berdekatan jeti juga menemukan sebuah beg berisi dokumen kedua-dua mangsa.
"Pihak polis dan kakitangan Klinik Kesihatan Pulau Ketam sampai ke lokasi kejadian dan mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.
"Pada masa sama, kelihatan seorang wanita dewasa terapung di kawasan berdekatan jeti, dan setelah wanita berusia 41 tahun itu dibawa naik, pihak klinik kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan semalam.
Kamalariffin berkata hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.
"Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah dan pihak polis membuka satu kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta hadir ke balai berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat dua beranak
#Pulau Ketam
#mayat terapung
#beg berisi dokumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan