Mayat kedua daripada tiga mangsa yang dilaporkan terjatuh ke dalam tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang, Rawang ditemukan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata mayat Zamri Adenan, 35, ditemui pada pukul 4.30 petang tadi.
Sebelum ini mayat Mohd Ziehafizan Abd Rahman, 28, ditemukan pada pukul 2.50 petang.
"Pasukan mencari dan menyelamat giat mencari seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai T. Baskaran berusia 49 tahun," katanya Mohd Sani ketika dihubungi.
Beliau berkata difahamkan kedua-dua mayat akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh setelah mayat ketiga dijumpai.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, ketiga-tiga mangsa dilaporkan sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tangki minyak itu sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh ke dalam tangki berkenaan.
Susulan itu lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu dikeluarkan dalam usaha mencari dan menyelamatkan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017
Kedua-dua mayat akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh setelah mayat ketiga dijumpai. - Gambar fail
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Kes demam denggi meningkat pada ME16, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 2,321 kes pada Minggu Epidemiologi ke-16 (ME16) iaitu bagi tempoh 14 April hingga 20 April lepas.
KFC tutup sementara sejumlah cawangan, pindah pekerja tempat lain
QSR Brands bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan KFC Malaysia yang telah ditutup buat sementara waktu dan bilangan pekerja yang terjejas.
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar - Fahmi
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 24 Jan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jan.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah - Armizan
Permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian.
Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari - Armizan
Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri ini.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Dis
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Dis.
Harga petrol, diesel kekal hingga 29 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 Nov.
Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal hingga 22 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 Nov hingga 22 Nov ini.